Wednesday, 29 April 2015

Shawl labuh cantik tapi murah :)

Assalamualaikum girllss..

Kenapa bagi salam dekat perempuan jek?? Hihi. Sebab entri ni special untuk ladies loh tapi lelaki pon boleh jugak nak  baca. Mana tau nak bagi mak kesayangan or isteri hadiah sesuai sangat lah. Dah lama aku nak update pasal tudung nih tapi asyik lupa jek. Ramai orang tanya aku dekat mana aku beli shawl 3 layer aku pakai waktu kahwin akak aku tu. So, aku buat lah entri ni boleh korang terjah jugak ig depa. Honestly bebanyak shawl aku beli online ni paling aku puas hati. Nak tau sebab apa????? First ofcoz labuh depan belakang. Kain tak jarang so aku tak payah nak guna inner dekat dalam dah. Senang benar wei nak bentuk shawl ni korang lilit lah macam mana pon kemas jek nampak :)



Ni lah tudung yg saya maksudkan. Aku ada 3 warna sbenarnya tapi puas aku kodek dalam fon aku tak tangkap gambar waktu aku pakai warna lain tuh -_- Banyak kali dah aku tepek gambar pakai tudung warna ni. Takpe lah ya yg penting motif entri ni sampai. haha.. Aku tak gosok pon shawl ni waktu tangkap gambar tu tapi elok je kan terletak dekat bahagian muka tu. Dorang jual tudung dari bidang 45-60 tak silap aku. Check it out dekat link bawah tu aku bagi!

Instagram: tudunghazieziz

Love note: Aku tau korang rajin, baik hati, pemurah jadi......rajin2 lah click banner dekat tepi or atas blog ni ye :) hehe..

Resepi banofee pie mudah.

Assalamualaikum semua :)

Hari ni tiba2 teringin nak buat Banofee pie sebab godek2 dalam internet cara buat punya simple. Aku kalau apa benda yg simple tapi sodapp laju jelah kan. Jom aku share dengan korang pulak how to make this pie. Apa yg special tentang dessert nii jugak bila aku tak payah nak bawak keluar oven or pengukus sebab memang kau tak perlukan nya pon untuk pie ni. So, sapa yg rasa geng aku tu jenis malas kurang rajin nak basuh pengukus bagai tapi malu nak ngaku u all should try this recipe :)

My banofee pie. First trial <3
Bahan2:
-Biskut marie perisa kopi (boleh guna biskut lain ikut selera korang)
-1/2 cawan susu pekat manis
-1/2 cawan susu segar
-2 sb butter
-serbuk koko
-whipping cream
-pisang



STEP 1: Hancurkan biskut. Aku guna lesung batu tau tradisional sikit, hihi. Ikut korang lah nak guna apa pon asal biskut tu hancur okeh.


STEP 2: Cairkan 2 sudu butter. Lepas tu korang combinekan dngan biskut yg dah dihancurkan tadi. Korang gaul and tekan bagi mampat tau. Part ni sila buat betul2 nanti base korang cepat rapuh kalau tak mampat. Then, sumbat dalam peti tempat beku tu 30 minit or lebih. Make sure kalau ada ikan dekat bahagian atas tu tutup lah korang punya pie ni tau takut berbau ikan pulak.


STEP 3: Lets do caramel sos sambil korang tunggu base tu firm okeh. Part ni korang boleh buat dengan lengang kangkungnya sbab lambat lagi uit 30 minit. Cara buat caramel sos ni sonang jah panaskan kuali masukkan susu pekat manis dengan butter 1 sudu besar. Korang kena kacau sentiasa takut dekat bahagian bawah tu melekat. Next, campurkan pulak susu segar tadi. Kacau rata kejap dah agak2 sekata tutup api. Done! Biarkan jek sos ni sejuk dulu.

Dah 30 minit tu korang tuangkan caramel sos ni atas biskut yg dah firm tu. Potong pisang cantik2 susun lah banyak mana pon korang suka nak masuk mulut sendiri kan bukan nak jual pon. Whipping krim yg dah dipukul dgn jayanya tu korang paipkan atas layer pisang tadi. Tabur serbuk koko actually boleh jugak guna serbuk coklat. Okey siappp banofee pie kita tak payah korang beli mahal2. Satttt jangan ngap terus... simpan dulu dalam fridge dalam 1 jam or ikut sukahati lah asal dah sejuk baru masuk mulut :)

Love note: Actually, sambil taip entri ni aku tengah makan this pie. 3 kali dah aku ulang alik dapur.. hihi. Rasanya memang delicioussss bukan sebab aku buat ke hape tau tapi kalau sesiapa pon try resepi ni and follow betul2 confirm menjadi banofee pie yg yummy ni. Cuba lah kat dapur rumah korang ok! Ha lagi satu sorry lah gambar aku tak edit langsung aku tepek jek seketul betul apa yg aku tangkap tadi. Malas benar -_-

Till then :)  







Monday, 20 April 2015

Meal for 2 at TGI FRIDAYS :)

Assalamualaikum semua, selamat menyambut bulan Rejab :)

Tak lama dah kan nak masuk bulan Ramadhan sekejap je rasa. After bulan Rejab ni Syaaban and hooreyy Ramadhan is coming. Harap sangat kuat nak puasa dengan bawak baby dalam perut ni. Please kuat sayang ibu tak nak ganti puasa banyak2 טּ_טּ
Mesti sekarang dah ramai start puasa sunat kan untuk prepare before ramadhan? Tapi puasa ganti dah habis ke belum tu? Jangan lupa buat yg wajib dulu tau sayang semua..

Dah puasa mesti ada hari korang plan nak makan best sikit ye dak? tapi tengah pening cari tempat makan yg best untuk korang telan tapi harga still ok2 tak nak lebih dari 50 hinggit.  Ye lah sekarang tempat makan best macam cafe or dekat mall yg selesa harga confirm melambung sebab ada caj GST plus service tax. Hambek nak ada 2 tax dekat situ nak ajak member makan pon takut2 duit paras hidung je kan? Lagi2 student. I know lah sebab pernah rasa. Hihi.. Dont worry u alls aku ada jawapannya sekarang TGI  Fridays ada sediakan makan untuk 2 orang dengan harga RM45.90 only!!! Terkejut bak hang sebab makanan bukan sempoi2 tu. Jom layan gambar sikit.









Cara nak oder?? Semudah 1, 2, 3 jek tau. TGI siap bagi step from 1 until 3 korang just follow lah. 

Step 1 pilih satu appetizer yg korang and partner suka. Perasan tak selalunya kita kalau makan takde maknanya lah nak hambek appetizer bagai sebab takut lah bil cecah RM100! So TGI kesian dia dah siap include 1 appetizer before korang telan main meal tau. Kenyang perut sukahati betul.


Jangan di lupa pilih air yg fresh untuk tekak korang. Hihi..

Step 2 Now time to choose your main meal!! Banyak choosen so rambang mata akan terjadi sebab syaitonirajim datang. Hehe. Pilih dengan tepat ok. Semua sedap2 belaka.


Step 3 Ni depends pada korang nak add on dessert ke idok tapi jangan risau just tambah RM10 untuk menikmati kelazatan dessert dekat sini. Share bersama your partner la. Kan perut tu dah kenyang masuk appetizer dengan main meal :)

Ok done oder tunggu makanan untuk dimakan dengan hati yg tenang sebab dah tau harga only 45.90 hinggit!!

Meh nak nyanyi sikit untuk korang "jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama MEAL for 2 TGI FRIDAYS melepas, Ewahhhh" 

Ok lah untuk korang tahu lebih lanjut apa yg aku duk cerita ni sila rajin kan diri anda untuk singgah laman web dorang TGI FRIDAYS


Love note: As usual sapa hati murni sila lah click banner yg menari dekat atas or bwah blog ni ye :) hehe.. And jangan lupa baca older post aku kalau free. Untuk yg nak guna produk Shaklee boleh contact aku personally ok (´ε` )♡

Till then..

Thursday, 16 April 2015

Mengidam pulut mangga in Kuantan.

Assalamualaikum guys.

Startnya aku teringin nak makan pulut mangga ni sebab tengok dekat facebook lah. Tak silap aku group Kuantan admin update pasal pulut mangga. Terliuq dah tapi aku tahan kan lagi malas nak layan sangat. Tapi yg buat aku makin tak tahan bila friend dekat facebook satu tempat kerja akak aku kak wan update pulut mangga versi homemade. Meleleh lagi air liuq aku tau tak tapi apakan daya waktu tu dekat pulau tioman time wedding angah aku kalau tak silap. Aku pon bukak story ni dekat angah kesayangan aku tu tanya dia pernah tak makan pulut mangga nih. Dia cakap pernah dekat JPO dengan suami dia waktu cari barang hantaran. Cara angah aku cerita pulak dah macam rancangan jalan2 cari makan promote makanan tu punya details rasa sedap benar lah dia cakap. Adushhhh sengsara gila perut dengan tekak aku-_- Pujuk hati ok tak pe farhana balik kuantan nanti suruh abang beli kan ya. 

Balik dari tioman takde lah aku suruh beli terus sebab jenis aku bila betul2 teringin sampai tak dapat kawal jek baru suruh beli. Kesian jugak kalau asyik nak suruh beli macam2 mentang2 tengah pregnant tapi aku malas nak layan sangat bisikan syaitonirajim. Bagus tak isteri macam ni? Haha..Kisah aku dapat makan ni waktu tu abang kena pergi temerloh so macam biasa aku tinggal sorang2. Boleh imagine tak kalau kita tinggal sorang2 duk online boring tiba2 ternampak semula gambar pulut mangga yg menggoda tuh. Memang tak dapat tahan lah kan!! Gigih aku cari semula post dekat group Kuantan tapi tak jumpa sedih wei. Last2 aku post dekat group tanya siapa tahu ada jual dekat mana. Ada orang respon cakap dekat sara thai and zuzana indera mahkota jual pulut mangga ni. Tapi kawan aku cakap dekat Sara thai tu paling sodapp aku tak pernah try sebab abang belikan dekat zuzana waktu otw balik.

Pulut mangga sodapppp sangat wei sekejap je licin aku makan. hihi

Sebelum terlupa ni alamat kedai zuzana tu kalau korang nak try boleh lah pergi Indera Mahkota 5 (Persiaran Sultan Abu Bakar). Suami aku cakap kedai ni ada masakan melayu denga Thai. Macam menarik jugak kalau nak tau sodap ke tak sila lah pergi sendiri :)

Gambar dari google.

Apa yg buat pulut mangga tu bertambah yummy tekak aku makan?? Bila abang nak buat surprise tak menjadi. Haha..Terima kasih abang.


Love note: Korang kalau rajin "click" lah banner dekat atas or tepi blog ni tau bagi hadiah kasih sayang dekat aku sikit and for sure aku doa kan korang dimurahkan rezeki, Amin :) hehe..And jangan lupa baca lah post lama2 aku kalau free.

Have a nice day :)

Trip bersama Nora Danish.

Assalamualaikum korang :)

Aku rasa kalau kaum perempuan dah kenal benar dengan produk SAFI nih before aku lahir lagi pon dah ada. Bagi aku produk SAFI ni even dekat kedai runcit pon senang nak cari tak payah nak online2 ke apa. Sambil beli barang dapur boleh renew stock dekat rumah yg dah nak habis tak gitu.  Plus bukan set muka je Safi ni keluarkan untuk pengguna kesayangan dorang tapi ada jugak set penjagaan rambut paling special siap ada produk khusus untuk pengguna yg berhijab iaitu Safi Shayla. Aku antara pengguna setia Safi Shayla tau :)

Ni ada good news untuk u alls yg suka join contest or teringin nak jumpa artis hot Nora Danish!! Nora Danish oiii mesti teruja kan?? aku antara peminat artis comel ni jugak. So, aku dah awal2 join contest ni tau. Jangan marah ha. hehe.. Tapi bila difikirkan semula why not aku share dengan semua so pakat ramai2 boleh join contest anjuran SAFI sebab senang bebenor caranya. Antara rajin dengan malas je. Mana tahu ada rezeki aku or korang ke jadi pemenang kan tapi sebelum tu meh aku share dulu cara2 nak join ok..




Ni syarat2 nya.. mudah kan?? sambil makan biskut pon boleh join!


Korang kena susun step penggunaan dengan betul.
Dah siap susun semua. Sila isi butiran pribadi korang and siapkan pantun. Done!! Tunggu jek nanti SAFI umumkan pemenang. Sambil korang join doa lah banyak2 mana tau ada rezeki kan :)

Nak tau apa hadiahnya?? Hadiah utama 10 orang pemenang akan terpilih pergi bercuti dengan Nora Danish selama 3 hari 2 malam di langkawi. Lagi best siap boleh bawak partner lagi sapa dah kahwin boleh bawak husband korang pergi honeymoon. Kalau korang menang lepas ni confirm suami pulak yg terlebih excited belikan set kecantikan SAFI ni untuk korang. hihi.. Hadiah saguhati untuk 20 orang pemenang pon syok tau siap dapat duit RM250 kot. Lumayan kan hadiahnya? So, tunggu apa lagi pergi lah join sekarang! Bak kata Nora Danish mari KITA ENJOY!


Closing date 30 April!!

Klik sini untuk join contest SAFI

Good luck korang!!

Love note: Kalau korang nampak ada banner iklan menari dekat blog ni rajin2 lah "click" senang je tak sampai seminit pon. Korang boleh dapat info best2 tau contoh macam contest ni. Plus boleh lah sebagai hadiah untuk aku and baby NM penuh kan tabung nuffnang ^_^ Sayang korang semua yg rajiin. hehe..



Wednesday, 8 April 2015

Tak kena keadaan.

Assalamualaikum u alls :)

This entry special untuk my beloved husband. Haha.. Pernah tak korang rasa husband buat something yg tak kena dengan situasi? Sometimes rasa geram jugak tapi bila kita fikir semula boleh buat nak tergelak sorang2. Sampai orang tengok fikir mungkin kita ada wayar short. Mihmih..

Banyak sebenarnya moment yg tak kena keadaan abang ni. Tapi aku share satu lah dengan korang ea. Waktu aku masuk wad baru ni kan aku suruh abang yg balik rumah tolong packing barang. As usual aku akan keep call lah nak remind apa nak bawak. Aku suruh lah abang beli majalah tak lah boring sangat kan nanti.
....
Aku: Abang, nanti tlong beli dekat ayang majalah ea nak bace boring dduk sini.

Abang: Eh mmang abang dah beli dari tdi lagi majalah utk ayang tau. 

Aku: Oh ye ke?? Pergh terer ny abang. Hehe.. Terima kasih bang. (suare si isteri dah  excited habis sbab bukan senang abang nak beli benda2 macam tu kalau aku tak mintak, ye lah lelaki kan simple. Fikiran dorang kebiasaannye lah "dah ada tab dgn wifi baik online jek buat apa beli magazine lagi")

Abang: Ha memang abang terer pon. Hehe.. Ok ada apa2 lagi tak ayg nak? (suare suami belagak sebab kena puji. Mesti hidung kembang kempis kan? Haha)

Next, conversation macam biasa anak burung tengah bercinta lah. Mihmih..
.....

Majalah apa yg korang rasa sesuai dengan keadaan perut aku yg membesar ni? For sure kalau kita girl mesti terbayangkan cover magazine baby comel PA&MA tak pon majalah Wanita boleh di terima lagi sebab ada jugak info2 untuk bakal ibu. Tapi guess what abang beli majalah apa untuk aku? 
.

.

.

.

.

.

.

.

Jeng jeng jeng.....

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Ha ni majalahnye ber-trendy lah aku dalam wad. Haha

Jangan salah faham maksud aku dekat sini bukan majalah ni tak best ke apa cuma info dalam tu tak kena dengan keadaan aku. Apa-apa pon habis jugak aku baca dari cover depan sampai kulit belakang. Haha. Terima kasih bang dapat jugak ayang hilang boring. Tapi cuba korang tengok sequence kat bawah ni.

Orang sakit + bakal ibu ---- masuk wad --- majalah HIJAB = bergaya lah aku dengan wayar berselirat dalam wad. Haha. 

Orang sakit + bakal ibu --- masuk wad --- majalah PA&MA = feeling ibu2 gitu. 

See mana lagi sesuai?? Mesti lah majalah PA&MA jawapannya. Realitinya abang dengan senyuman manis bawak beg baju untuk aku bersama majalah yg SESUAI :) hihi..

Lebar tak aku senyum?? Cuba tengok muka lelaki kesayangan aku dekat sebelah macam mana *_*
Macam gambar dekat atas tu gigih aku senyum walau tengah panas sebab nak gambar cantik punya pasal sanggup belakon. Cuba korang tengok si baju belang sebelah tu reaksi dia nampak sangat tahan panas dahi berkerut. Tak boleh ke abang belakon sikit bagi feeling2 sejuk gitu? -_- Tapi bila fikir semula dengan keadaan panas megak actually muka siapa yg jenis tak kena dengan keadaan ni??  Farhana please tutup muka siap2 mengata orang lebih, ok bye! 

Moral ceritanya, tu lah orang tua selalu cakap bila dah kahwin baru kita kenal lebih rapat dan buat makin sayang each other. Ya lh dah tiap2 hari tengok muka dia dari bangun tidur sampai nak tidur semula dah macam buddys tak kan terpisah. Kalau dulu waktu korang bercinta lelaki tu kentut dalam kereta bau dah sampai tahap nak pengsan tapi still korang beri senyuman manis macam bau perfume paling wangi. Lepas kahwin bau busuk suami korang kentut siap dengan kepit jari dekat hidung  plus dahi berkerut2 suruh bukak tingkap kan? Sebab apa tau kita dah rasa rapat dengan orang tu and kadang2 isu kentut pon boleh buat kita gelak sampai nak gergolek2 dengan husband. Aku pon terfikir macam takde contoh lain aku nak bagi selain dari kentut. Haha. Jadi korang yg sama macam aku dapat husband kadang2 tak kena dengan keadaan tu jangan merajok or stress ea sebab sikap dia macam tu lah boleh buat kita senyum sorang2 >_<
....

Love note: Siapa rasa nak badan slim dengan cara selamat boleh cuba cinch shaklee ni ok. Rasanya memang sangat yummy tau. Minum satu cawan boleh buat rasa kenyang nak tengok nasi pon tak larat. Good news siapa yg baru nak cuba bulan ni shaklee ada buat promo tau rugi tak grab satu. Abang pon tengah consume this product. Nak tau kesannya? Contact ana personally ok boleh kita cerita panjang2 :)

FarhanaAhmad,
011-29717510


Tuesday, 7 April 2015

Jatuh cinta dengan "I"

Assalamualaikum, senyum sikit :)

Siapa yg dah jatuh cinta dengan I?? Sebelum korang duk fikir panjang buat apa pulak nak jatuh cinta dengan hang nye kan. Tak semegah jek. Hehe.. Stop segala fikiran negatif yg korang fikir tu. "I" yg aku maksud kan ni adalah filem Tamil paling meletop aku rasa. Series memang syok paling penting jalan cerita logik tak macam kebanyakkan cerita tengah gadoh hero tu dah separuh mati kena belasah tapi bila nampak si heroin meleleh air mata sampai nak banjir tup tup terus kau jadi hulk and banyak lagi part yg selalu aku rasa ish tolong lah logik sikit. Kuikui.. Tapi dalam this movie korang takkan jumpa jalan cerita yg non logik tuh..

Filem terbitan Aascar Film ini dibintangi oleh Vikram dan Amy Jackson sebagai peneraju utama dan turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Upen Patel, Santhanam, Ramkumar Ganesam Srivinasan, Mohan Kapoor dan Ojas M. Rajani. Lagu di dalam filem arahan Shankar ini digubah oleh komposer A. R. Rahman.

Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Ngeri / Romantik
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2015
Bahasa: Tamil
Pengedar: MSK FILM PRODUCTION SDN BHD
Pengarah: S. Shankar
Pelakon: Vikram, Amy Jackson, Suresh Gopi, Upen Patel, Santhanam


Aku nak share sikit kisah cerita ni hero Lingasean (entah betul ke tak ejaan) asalnya body builder tapi lepas menang pertandingan tu dia jadi model sambilan. Lingasean ni minat sangat dekat heroin, Diya seorang model iklan (memang cantik). Nanti Diya ajak Lingasean tolong jadi partner model untuk minyak wangi jenama "I" dekat China. So, dia mintak tolong sorang bapok ni untuk ubah penampilan hero. Bapok ni memang jatuh cinta dekat hero tapi kena reject and dia bercinta dengan Diya. Waktu dekat China banyaklah benda jadi. Iklan minyak wangi tu jadi meletop sebab keserasian Diya and Lingasean ni so company besar ambek Lingasean a.k.a Lee nama famous dia untuk setiap iklan. John model yg dulunya famous jeles berdendam dengan si Lee ni. Start makin teruk bila Lee ni reject satu iklan air ice yg mengandungi racun bos company tu bengang sangat sebab company dia jatuh merosot. Kira ramai lah orang bengang dengan hero ada satu watak ni memang baik yg amat rupanya dia paling jahat sekali. Dorang berkomplot buat Lee ni menderita tapi dorang tak nak bunuh terus so dorang suntik satu virus dekat badan hero yg mengubah fizikal dia jadi teruk sangat. Kesian sangat2 dah lah dekat2 nak kawhin dengan Diya. Part best bila Lee dah tau siapa punca dia jadi macam tu  Lee balas dendam semula jadikan dorang lebih teruk dari apa dorang dah buat dekat dia. Proses dia balas dendam memang terbaik bukan bunuh2 ok tapi semua guna otak...ok stop sampai sini jek aku nak share kalau nak tengok sila lah rajinkan diri langgan astro first 480 :)

-Selamat menonton-

Love Note: Siapa nak tau rahsia dapatkan badan yg slim macam heroin cerita ni??? sila2 rajinkan diri anda untuk contact ok, saya akan layan dan jawab pertanyaan anda dengan sebaik mungkin :)



Monday, 6 April 2015

Tempat makan western sedap dekat Kuantan.

Hai korang assalamualaikum :)

Meh nak share tempat best makan western dekat kuantan ni. Bagi aku dngan abang boleh tahan rasa nya portion pon banyak. Boleh lah mengeyangkan perut ibu dngan baby NM ni yg memang tahan lapar dari siang sbab gigih nak makan puas2 dekat this place. Hehe. Actually dah lama teringin nak makan dekat sini lepas tengok kawan dekat fb update pasal pavlova tapi disebabkan pavlova tu tekak tak berapa teringin sangat jadi bila tekak ni betul2 teringin nak kan CHICKEN CHOP terus bagitau abang nak makan dekat KOTAKKALAM ni. Sedap oiiii...Bagi aku lah ye tapi aku rasa tekak aku ni ok jugak lah bab rasa2 ni so tak rugi kalau korang nak cuba.

Puas jugak lah pusing duk cari kedai ni even dah guna map yg kadang2 bagi aku lagi memening kan ado lah -_- terus aku decide nak call jek kedai tu tanya dekat mana ha senang tanya terus orang tak yah guna map bagai. Bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan. Hehe.. ok tu lah antara makanan kena sumbat dalam perut aku dngan abang yg tengah lapar teramat.

Eatalia Lamb Alfredo abang aku punye pilihan. Sedap bangat. Even aku sebenarnya tak berapa suka sauce yg putih2 ni tapi series rasa dia buat tekak aku jatuh cinta <3 Tak muak utk tekak melayu sebab rasa ny pedas2 tau.

Meatballs terbaik bak hang!! Kenyang kalau makan ni jek tau..share with my boyfriend. Saje try sbab orang cakap memang menjilat jari. Dan amat2 tak mengecewakan:)

Ok this is mine. Chicken chop lah yg aku dok canang teringin sangat.. Hehe. Bagi aku ok lah tp aku lagi suka kalau sauce lebih pekat and spicy :) ape2 pon tetap licinnn pinggan ni.


Terliuq tak korang?? Kalau tak terliur tabik spring aku. Hehe. Air aku try manggo lassi and abang bandung soda. Rasanye amat valaahhh...korang kena pergi and nikmati sendiri kesodapan ny ok. Dekat sini bukan ada jual western food jek ye banyak lagi makanan lain especially untuk kaki dessert sila lah singgah banyak giloss kek semua! Harga ny memang affordable dengan tahap kenyang yg aku dgn abang dapat. Alhamdulillah. 3 makanan 2 air dalam RM42 lebih kalau tak silap. Ok sangat lah dengan tempat macam ni.

Ok direction ny dekat jalan Telok Sisek sebaris dengan englai kedai hujung sekali. Korang kena perhati betul2 sebab agak tertutup sikit bagi aku kedai ni. Boleh tengok page ni for sure keinginan makan tu datang. Hihi... kotakkalam --link page.

Ni lah pakwe yg teman pergi makan tu. Padan muka gambar abang kena edit bagi tak nampak clear. Balas dendam sebab pakwe ni siap cakap "dont use flash ea nak tangkap pic makanan tu" malu sngat abang syg ni orang tengok. Hehe..


~Till then selamat menjamu mata~


Sunday, 5 April 2015

Wedding my princess - Part 2


Assalamualaikum my friends :)))

Hari ni nak sambung pasal wedding akak kesayangan aku. Good news utk korang yg tak suka baca2 sebab ni entri bergambar layan lah puas2 ok! 

Lawanya akak aku. Haha. Boleh puji akak sendiri kan?? Bukan masuk bakul angkat sendiri ea.

owner butik yg pegang kamera tu, sngat2 mesra and talented. Korang boleh berbincang ape yg korang nak and tak puas hati. Senang bkerjasama :)










Happy benorrr tu.. Suka pic ni :) 





Still in progress. Perasan tak ada makhluk dekat bwah kanopi tu? Tu lah staff DIMPIAN PESONA tngah gigih buat keje uit.. Hehe. Good2 


Ni lah pelamin angah aku. Meletop kan? Hehe.

Dah puas cuci mata?? Lawa kan gambar2 ny series aku suka. Bukan apa waktu wedding aku mmang photographer ok tapi agak segan sbab tak berapa kenal kan. Tapi bila aku tengok si abot ni buat kerja waktu sesi brgambar dia pandai tackle pengantin tau buat akak aku dgn suami dia jadi tak malu lah. Photographer sangat2 penting ok untuk wedding sbab dorang yg akan capture every sweet moment korang. Sekali seumur hidup uitt kahwin jadi sila pilih pbotographer yg senang korang nak blend ok. Big recommend dari aku untuk korang yg nak cari package wedding sekali dgn photographer dekat butik ni tau :)

*lupa nak share aku siap dapat free maternity photo shoot lagi tau. Sebab dia enjoy dngan kerja yg dia buat thats why tak berkira langsung aku rasa. Rezeki baby NM dgan ibu dia yg selak bergambar. Hehe..

Bride to be yg cantik manis korang tunggu apa lagi meh ler jenguk fb dorang and booming siap2. Tak silap aku butik ni korang boleh bayar ansur2 for example if your wedding next year korang dah boleh start bayar ansur2 starting now Okayhh!! Nampak tak kat sini yg korang tak payah poning kepala fikir hutang dah bila nak kahwin dan tak payah nak bayar sedebuk terus. Senang korang contact lah owner dia sendiri klau nak info yg lebih details ok :) 


@






Ok enjoy your reading >_<

Friday, 3 April 2015

Wedding my princess.

Hai semua.. assalamualaikum <3

Seperti yang dah dijanjikan nak sambung story details pasal gambar entri before ni kan. Ok aku decide nak cerita tentang gambar pang pang kopang tu dulu lah. Nak start pada mana eak?? First feeling aku dulu lah happyyyy yang teramat, lega rasa semua perasaan positif pandai lah korang list  sendiri ea. Macam aku jek kahwin perasaan over semacam. Hihi.. Actually tu kahwin akak a.k.a angah kesayangan aku dunia akhirat dengan cinta hati dia yang dah 4 tahun tak silap aku dorang kawan. Lama bebenorr macam mana aku yang tak excited sebab finally ada lelaki bergelar suami boleh jaga dia dengan baik, inshaAllah :) Kantoi dekat situ I ni langkah bendul bak kata orang melayu. Awat hang ni gatai sangat dah ke tak sabar benor nak kahwin ikut turn?? Mihmih..Jawapannye jodoh dah sampai awal dan alhamdulillah semua dipermudahkan.

Stop pasal feeling jom aku start cerita dari A-Z perkahwinan angah aku ni. Kalau dekat kampung aku Pulau Tioman memang semua majlis kahwin buat rewang ramai2 dengan orang kampung takde catering. Korang tahu tak apa tu merewang?? Rewang ni macam gotong-royong ramai2 untuk makan kenduri kahwin nanti. Sebagai penghargaan kita pihak pengantin kena lah bagi gift dekat semua orang dah bersusah payah tolong masak untuk majlis perkahwinan tu. Penat wei series sangat penat..Jadi pandai2 lah kita nak menghargai orang kan. Macam angah aku dia bagi kain pasang and doorgift plus duit sebagai penghargaan. Setel pasal merewang :)


Ni tempat merewang :)


Preparation lain sama lah macam korang punya wedding. Eh, cop cop lagi satu perbezaan kalau kat sini kitorang kena import booking butik pengantin dari luar untuk pelamin semua. And angah aku dah buat keputusan yang sangat2 tepat ambek D'IMPIAN PESONA dekat tenggaroh. Harga sangat affordable plus owner and pekerja sangat2 baikkk. For me layanan first class. Barang2 kahwin tu dorang kena hantar melalui bot kargo kalau tak silap caj kena rm150 kot for one way. Mesti orang yg tak duduk pulau rasa ya Allah susahnya kan? Tapi sebenarnya senang je kalau dah biasa. Perkhidmatan bot kargo tu pon selalu ada. So, jangan risau ok kalau korang ada perancangan or ada jodoh kahwin dengan orang Pulau Tioman:) https://www.facebook.com/profile.php?id=100004533001246&pnref=lhc --link fb butik D'impian Pesona korang boleh cuci mata ok tak rugi korang ambek!

Baru 60% siap :)
Ni lah pengantin bahagia tu

Muka angah mesti tengah tahan takut kan?

Outdoor session, lawa sngat gambar dorang <3




*Angah ku sayang welcome to the club. Dah jadi Puan Fatimah awak tak sangka sekejap je masa kan. Rasa macam baru semalam kita adik beradik hilang mak abah. Rasa macam baru semalam kita adik beradik beraya bertiga jek, happy, menangis ketawa sama2. InshaAllah hubungan kita 3 beradik tak kan putus sampai bila2. Tak lupa jugak special buat abang ipar aku selamat datang dalam family kecik kami. Moga kita semua boleh jadi keluarga yg sentiasa di redhai Allah. Take care for my sister ea jangan nakal2 :)


-Ok lah till then, have a nice day korang-

Check in dekat HTAA


Add caption


Ujian Allah nak bagi kita tak tau bila2 kan. Semalam baru aku tahu apa lah perasaan arwah mak dngan abah aku waktu kena tahan wad padahal aku kena masuk air jek pon. Baby NM aktif sangat semalam sampai perut aku keras dah macam nak bersalin start pukul 10 malam sampai ke pagi. Series tak boleh tido langsung. Bukan perut je mengeras actually lepas aku minum air gula balik rumah terus rasa pening semacam. Cakap dekat abang sory sangat tak dapat masak. Then, terus krohhhhh krohh tido lah. Bangun baru setel keje rumah semua ingat setel sampai situ je sekali malam datang semula sekali dengan muntah and chery bery. Minum or makan apa je mesti nak keluar balik. Perut aku tiba2 jadi belagak tak nak makan kalau tak perut ni dah macam tong apa boleh telas segala benda :)

Besok terus decide nak pergi hospital lah risau baby NM jadi ape2 dalam perut ibu dia ni. Tu pon duk pening tak tahu nak straight pergi klinik gambut / KMC / HTAA. Godek2 fon whatsapp kawan sekolah aku ros dengan kak teah tanye pendapat depa nak pergi mana. Terima kasih sngat2 tolong ana ea korang and maaf sngat duk kacau isteri orang pagi2 buta.

Last2 aku pergi klinik gambut rupe2 nya kalau kes macam aku baru 26 minggu boleh straight je pergi HTAA dekat tempat bersalin berisiko rendah ok bukan yg kecemasan tu! Faham mom to be area kuantan yg first timer macam aku ni? Staff dekat tempat kecemasan tu kata dorang ambek kes yg 30 weeks ke atas kot kalau tak silap lah. Then, gagah lah aku dengan muka toya sebab badan lemah sangat dari semalam kot duk muntah2 dah lah last makan pukul 3 petang semalam mana tak lemah gemalai?? Abang pergi cari parking aku terus masuk setel kan daftar semua. Tunggu lebih kurang 30 minit jugak sebab ramai sangat ibu2 yg ada masalah jugak. Kesian rasa yg tahan sakit dah nak sampai due. Aku tengok sambil dalam hati duk cakap ya Allah mana turn aku nanti kan :"(

Sampai turn aku doktor perempuan tu mmang baik sangat2 lah dia duk tanya sakit apa semua, macam mana boleh muntah and chery bery ada ambek makanan dari luar ke smua jwapannya TAK sebab aku masak sendiri kat rumah dan yg penting abang makan ok jek tak de pulak muntah2 ke ape. So, nasi goreng aku bukan punca lah. Doktor pon duk pening macam mana aku boleh jadi macam tu tiba2. Aku pulak pandai2 buat conclusion sendiri siap cakap kat doktor lagi "ke sebab sy minum air gula eak? Ye kot sebab tu sy jadi muntah bagai." muka confident habis. Doktor tu senyum jek dia cakap bukan sebab air gula lah puan.

Dah tanya soalan smue aku kena masuk dalam bilik doktor nak check perut sebab aku mengadu ada contraction malam tadi and pagi ni baby tak banyak gerak. Sayang tahu tak macam mana papa dengan ibu risau bila awak senyap jek dalam perut?? Selalu aktif tapi lepas muntah2 tu baby NM senyap jek. Tapi alhamdulillah waktu scan tu baby NM siap tendang perut ibu. Doktor pon cakap "ha tu baby dah tendang, nampak tak?" bukan nampak jek doktor for sure lah rasa sekali dah tentu dalam perut ibu dia. Hehe..

Dah setel scan semua part paling aku takut bila doktor kata nak check jalan. Dia nak masukkan something bentuk macam muncung itik lebih kurang bentuk tirus saiznya lebih kurang kalau tangan kita buat bentuk muncung itik gtu lah. (susah betul nak explain-_-) Mula2 rasa takut sngat sebab baca dekat internet cakap sakit and macam2 lah yg boleh buat jantung aku jatuh. Tapi alhamdulillah tak sesakit yg aku fikirkan. Tips nya korang dengar jek cakap doktor tu bila dia kata relaks kan diri yg penting jangan sesekali korang macam tahan benda tu dari masuk. Just biar jek sekejap sangat proses nya kalau korang bertenang yg penting banyak selawat ok :) lepas dah check doktor kata eh macam ada bukaan lebih kurang 1cm. Risau sangat waktu dengar tu sbab baru 26 minggu bahya untuk baby lahir pra matang. Tapi doktor cakap jangan risau mungkin jalan boleh tertutup semula. Lega sikit cuma doktor cakap aku kena tahan wad jugak sebab badan aku terlampau kering tahap 5+ so kena masuk air 3 botol. Sambil tu doktor nak pantau keadaan aku antara ok ke tak pegerakan baby semua. Jadinya aku dapat bercuti dekat HTAA selama 1 malam. Syokkkkkk sangat dalam hati Allah je yg tahu..hihi

Lesson nya untuk mom to be lagi2 yg mengandung anak sulung kalau rasa lain macam sikit tolong pergi terus check biar lah orang kata sikit2 pergi klinik ke apa asal kan baby dalam kandungan kita selamat. Sebab kita tak tahu kesan pada diri kita maybe perut orang tu mengeras takde apa2 tapi perut kita mengeras dah nak bersalin ke, baby terbelit tali pusat macam2 lah kemungkinan so better direct consult dengan doktor. Hikmah yg paling terbaik bila aku kena masuk wad rasa lebih dekat dengan Allah. Lebih sedar yg proses kehamilan and bersalin ni antara dua jugak hidup dan mati jadi kita kena sentiasa ingat Allah sebab tak tahu apa yg bakal kita hadap waktu proses bersalin kan zuriat kita dengan suami nanti 💜

Last sekali aku nak ucap terima kasih sangat2 dekat doktor and nurse dekat HTAA memang baik layanan nya. Syukur sangat. Meh aku nak bagi bunga sikit 🌹🌹🌹 Eh lupa abang, ayang nak ucap terima kasih jugak sebab bawak ayg pergi hospital and packing kan barang yg paling special thanks tapau kan nasik lauk ayam goreng, sayur kobis sejemput dengan sambal belacan. Haha. Tergelak tengok lauk abang beli sebab ayg memang dah agak ababg mesti beli lauk macan tu punye siap akak2 yg tengah tahan sakit pon gelak sama bila tengok lauk tu mesti sebab suami dorang pon kalau beli lauk macam tu kot. Hehe. Suka hati aku jek tapi aku sendiri pon tak tau apa reason akak2 tu and aku gelak bila fikir semula 😜 Btw thanks abang untuk semua nya nanti baby NM keluar ayg cerita dekat dia apa pengorbanan papa dia. InshAllah :)


Tolong doa kan bakal ibu dengan baby NM dpermudah kan segala urusa ya 💓