Assalamualaikum semua :)
Hari ni tiba2 teringin nak buat Banofee pie sebab godek2 dalam internet cara buat punya simple. Aku kalau apa benda yg simple tapi sodapp laju jelah kan. Jom aku share dengan korang pulak how to make this pie. Apa yg special tentang dessert nii jugak bila aku tak payah nak bawak keluar oven or pengukus sebab memang kau tak perlukan nya pon untuk pie ni. So, sapa yg rasa geng aku tu jenis
malas kurang rajin nak basuh pengukus bagai tapi malu nak ngaku u all should try this recipe :)
|
My banofee pie. First trial <3 |
Bahan2:
-Biskut marie perisa kopi (boleh guna biskut lain ikut selera korang)
-1/2 cawan susu pekat manis
-1/2 cawan susu segar
-2 sb butter
-serbuk koko
-whipping cream
-pisang
STEP 1: Hancurkan biskut. Aku guna lesung batu tau tradisional sikit, hihi. Ikut korang lah nak guna apa pon asal biskut tu hancur okeh.
STEP 2: Cairkan 2 sudu butter. Lepas tu korang combinekan dngan biskut yg dah dihancurkan tadi. Korang gaul and tekan bagi mampat tau. Part ni sila buat betul2 nanti base korang cepat rapuh kalau tak mampat. Then, sumbat dalam peti tempat beku tu 30 minit or lebih. Make sure kalau ada ikan dekat bahagian atas tu tutup lah korang punya pie ni tau takut berbau ikan pulak.
STEP 3: Lets do caramel sos sambil korang tunggu base tu firm okeh. Part ni korang boleh buat dengan lengang kangkungnya sbab lambat lagi uit 30 minit. Cara buat caramel sos ni sonang jah panaskan kuali masukkan susu pekat manis dengan butter 1 sudu besar. Korang kena kacau sentiasa takut dekat bahagian bawah tu melekat. Next, campurkan pulak susu segar tadi. Kacau rata kejap dah agak2 sekata tutup api. Done! Biarkan jek sos ni sejuk dulu.
Dah 30 minit tu korang tuangkan caramel sos ni atas biskut yg dah firm tu. Potong pisang cantik2 susun lah banyak mana pon korang suka nak masuk mulut sendiri kan bukan nak jual pon. Whipping krim yg dah dipukul dgn jayanya tu korang paipkan atas layer pisang tadi. Tabur serbuk koko actually boleh jugak guna serbuk coklat. Okey siappp banofee pie kita tak payah korang beli mahal2. Satttt jangan ngap terus... simpan dulu dalam fridge dalam 1 jam or ikut sukahati lah asal dah sejuk baru masuk mulut :)
Love note: Actually, sambil taip entri ni aku tengah makan this pie. 3 kali dah aku ulang alik dapur.. hihi. Rasanya memang delicioussss bukan sebab aku buat ke hape tau tapi kalau sesiapa pon try resepi ni and follow betul2 confirm menjadi banofee pie yg yummy ni. Cuba lah kat dapur rumah korang ok! Ha lagi satu sorry lah gambar aku tak edit langsung aku tepek jek seketul betul apa yg aku tangkap tadi. Malas benar -_-
Till then :)
|
|
No comments:
Post a Comment