Hai semua.. assalamualaikum <3
Seperti yang dah dijanjikan nak sambung story details pasal gambar entri before ni kan. Ok aku decide nak cerita tentang gambar pang pang kopang tu dulu lah. Nak start pada mana eak?? First feeling aku dulu lah happyyyy yang teramat, lega rasa semua perasaan positif pandai lah korang list sendiri ea. Macam aku jek kahwin perasaan over semacam. Hihi.. Actually tu kahwin akak a.k.a angah kesayangan aku dunia akhirat dengan cinta hati dia yang dah 4 tahun tak silap aku dorang kawan. Lama bebenorr macam mana aku yang tak excited sebab finally ada lelaki bergelar suami boleh jaga dia dengan baik, inshaAllah :) Kantoi dekat situ I ni langkah bendul bak kata orang melayu. Awat hang ni gatai sangat dah ke tak sabar benor nak kahwin ikut turn?? Mihmih..Jawapannye jodoh dah sampai awal dan alhamdulillah semua dipermudahkan.
Stop pasal feeling jom aku start cerita dari A-Z perkahwinan angah aku ni. Kalau dekat kampung aku Pulau Tioman memang semua majlis kahwin buat rewang ramai2 dengan orang kampung takde catering. Korang tahu tak apa tu merewang?? Rewang ni macam gotong-royong ramai2 untuk makan kenduri kahwin nanti. Sebagai penghargaan kita pihak pengantin kena lah bagi gift dekat semua orang dah bersusah payah tolong masak untuk majlis perkahwinan tu. Penat wei series sangat penat..Jadi pandai2 lah kita nak menghargai orang kan. Macam angah aku dia bagi kain pasang and doorgift plus duit sebagai penghargaan. Setel pasal merewang :)
Ni tempat merewang :) |
Preparation lain sama lah macam korang punya wedding. Eh, cop cop lagi satu perbezaan kalau kat sini kitorang kena import booking butik pengantin dari luar untuk pelamin semua. And angah aku dah buat keputusan yang sangat2 tepat ambek D'IMPIAN PESONA dekat tenggaroh. Harga sangat affordable plus owner and pekerja sangat2 baikkk. For me layanan first class. Barang2 kahwin tu dorang kena hantar melalui bot kargo kalau tak silap caj kena rm150 kot for one way. Mesti orang yg tak duduk pulau rasa ya Allah susahnya kan? Tapi sebenarnya senang je kalau dah biasa. Perkhidmatan bot kargo tu pon selalu ada. So, jangan risau ok kalau korang ada perancangan or ada jodoh kahwin dengan orang Pulau Tioman:) https://www.facebook.com/profile.php?id=100004533001246&pnref=lhc --link fb butik D'impian Pesona korang boleh cuci mata ok tak rugi korang ambek!
Baru 60% siap :) |
Ni lah pengantin bahagia tu |
Muka angah mesti tengah tahan takut kan? |
Outdoor session, lawa sngat gambar dorang <3 |
*Angah ku sayang welcome to the club. Dah jadi Puan Fatimah awak tak sangka sekejap je masa kan. Rasa macam baru semalam kita adik beradik hilang mak abah. Rasa macam baru semalam kita adik beradik beraya bertiga jek, happy, menangis ketawa sama2. InshaAllah hubungan kita 3 beradik tak kan putus sampai bila2. Tak lupa jugak special buat abang ipar aku selamat datang dalam family kecik kami. Moga kita semua boleh jadi keluarga yg sentiasa di redhai Allah. Take care for my sister ea jangan nakal2 :)
-Ok lah till then, have a nice day korang-
Pic timah lg plsss....nk tgk
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteHehe. Kak echa ni jek yg kami ade photographer tu bagi :)
Delete