Tuesday 7 April 2015

Jatuh cinta dengan "I"

Assalamualaikum, senyum sikit :)

Siapa yg dah jatuh cinta dengan I?? Sebelum korang duk fikir panjang buat apa pulak nak jatuh cinta dengan hang nye kan. Tak semegah jek. Hehe.. Stop segala fikiran negatif yg korang fikir tu. "I" yg aku maksud kan ni adalah filem Tamil paling meletop aku rasa. Series memang syok paling penting jalan cerita logik tak macam kebanyakkan cerita tengah gadoh hero tu dah separuh mati kena belasah tapi bila nampak si heroin meleleh air mata sampai nak banjir tup tup terus kau jadi hulk and banyak lagi part yg selalu aku rasa ish tolong lah logik sikit. Kuikui.. Tapi dalam this movie korang takkan jumpa jalan cerita yg non logik tuh..

Filem terbitan Aascar Film ini dibintangi oleh Vikram dan Amy Jackson sebagai peneraju utama dan turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Upen Patel, Santhanam, Ramkumar Ganesam Srivinasan, Mohan Kapoor dan Ojas M. Rajani. Lagu di dalam filem arahan Shankar ini digubah oleh komposer A. R. Rahman.

Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Ngeri / Romantik
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2015
Bahasa: Tamil
Pengedar: MSK FILM PRODUCTION SDN BHD
Pengarah: S. Shankar
Pelakon: Vikram, Amy Jackson, Suresh Gopi, Upen Patel, Santhanam


Aku nak share sikit kisah cerita ni hero Lingasean (entah betul ke tak ejaan) asalnya body builder tapi lepas menang pertandingan tu dia jadi model sambilan. Lingasean ni minat sangat dekat heroin, Diya seorang model iklan (memang cantik). Nanti Diya ajak Lingasean tolong jadi partner model untuk minyak wangi jenama "I" dekat China. So, dia mintak tolong sorang bapok ni untuk ubah penampilan hero. Bapok ni memang jatuh cinta dekat hero tapi kena reject and dia bercinta dengan Diya. Waktu dekat China banyaklah benda jadi. Iklan minyak wangi tu jadi meletop sebab keserasian Diya and Lingasean ni so company besar ambek Lingasean a.k.a Lee nama famous dia untuk setiap iklan. John model yg dulunya famous jeles berdendam dengan si Lee ni. Start makin teruk bila Lee ni reject satu iklan air ice yg mengandungi racun bos company tu bengang sangat sebab company dia jatuh merosot. Kira ramai lah orang bengang dengan hero ada satu watak ni memang baik yg amat rupanya dia paling jahat sekali. Dorang berkomplot buat Lee ni menderita tapi dorang tak nak bunuh terus so dorang suntik satu virus dekat badan hero yg mengubah fizikal dia jadi teruk sangat. Kesian sangat2 dah lah dekat2 nak kawhin dengan Diya. Part best bila Lee dah tau siapa punca dia jadi macam tu  Lee balas dendam semula jadikan dorang lebih teruk dari apa dorang dah buat dekat dia. Proses dia balas dendam memang terbaik bukan bunuh2 ok tapi semua guna otak...ok stop sampai sini jek aku nak share kalau nak tengok sila lah rajinkan diri langgan astro first 480 :)

-Selamat menonton-

Love Note: Siapa nak tau rahsia dapatkan badan yg slim macam heroin cerita ni??? sila2 rajinkan diri anda untuk contact ok, saya akan layan dan jawab pertanyaan anda dengan sebaik mungkin :)



No comments:

Post a Comment