Wednesday, 5 August 2015

Cara cantumkan luka bersalin dengan cepat.

Assalamualaikum korang. 

Again berkisar tentang bersalin je kan blog ni sekarang? Biar lah korang boring pon. Haha. Bukan apa nanti aku lupa tak dapat nak share dah. 

Aku punya jahitan episiotomi tapi sikit tak sampai ke lubang untuk buang ayaq besar tu. Bahagian dalam ada luka sikit-sikit so kena jahit jugak. 

Tapi malangnya dekat jahitan luar bila dah nak dekat 2 minggu aku baru perasan eh awat blah atas jahitan luar ni macam doktor lupa jahit. Sebab doktor kerajaan dia just jahit setiap part tak mati kan jahitan tu. Kalau kita jahit baju kan kita akan matikan jahitan dulu setiap tempat koyak. Ni jenis jahitan malas maksudnya dia jahit luar then terus tarik benang tu untuk jahit luka aku blah dalam tu. Ok jelas?? 

Jadinya mungkin dia tak perasan kot bahagian atas tu dia tak jahit. Sabarunnn je lah. Dah lah kena jahit nak dekat 3 jam sampai bius pon nak habis. Babab manja doktor ni baru tau.

Sebelum keluar wad awal2 nurse bagitau jangan letak majakani lah takut kuman. Jangan basuh guna air suam lah nanti benang tertetas tapi luka tak bercantum. Ok cuak lah dekat situ. Kita kan first timer mana nak tau. Yg aku tau semua tu cara perubatan tradisional memang guna lah majakani. Aku percaya dua2. Tapi ma pon risau so dia pon cakap sapu je lah guna ubat kuning. 

Aku pon memang guna ubat kuning jek lah. Tapi ada lah tepek majakani 2 3 kali. Bagi aku majakani memang terbaik untuk cantumkan tapi pedih sikit bila korang tepek dekat situ. 

Last2 aku google ramai orang duk cakap pasal solcoseryl gel. Aku suruh abang beli dekat farmasi. Tapi abang cakap dah habis so dia beli jek ubat magik yg aku nak perkenalkan dekat korang ni. Mula2 rasa tak syok rrrr suruh beli lain dapat lain. Macam nak tak nak jek letak ubat tu. Macam budak2 sangat mak orang ni kan. Haha.

Tapiiii sekali hasilnya hambek kau. Series aku guna sekali jek luka yg doktor tak jahit tu jadi bercantum part dalam kulit luar tak lagi. Tapi luka dah jadi cantik. And dah 4 hari gitu aku guna luka terus jadi cantik macam takde luka pon sama je macam dulu2. Jadi aku memang syorkan sangat dekat korang ibu-ibu yg kena jahit tu simpan siap2 stok ubat ni :) 

Jeng. Jeng.jeng.. Ni lah ubat yg aku gembar gemburkan tadi. Uish ayat macam buat karangan dah. Boleh lah dapatkan die farmasi berhampiran okeyy. Ubat ni untuk luka biasa pon boleh cepat benor lah baiknye. Kalau korang nak suruh aku beli pon boleh2. Apa2 whatsapp je lah ye :) 

Ok good luck ye guna ubat ni. Series berkesan. Aku tak ingat berapa abang beli tapi tak mahal pon tak sampai 50 hinggit sangat ok lah dengan hasil yg gempak untuk luka aku tu. Bayangkan luka yg doktor tak jahit boleh baik dengan zassss 3 hari dah bercantum kire 4 hari tu betul2 elok lh.

Assalamualaikum korang ( ˘ ³˘)♥

8 comments:

  1. Sis.nak tanya,luka luar saya terbuka dlm 1 inci,bole bercantum ke kalau guna krim ni?

    ReplyDelete
  2. Sis.nak tanya,luka luar saya terbuka dlm 1 inci,bole bercantum ke kalau guna krim ni?

    ReplyDelete
  3. Kalau dah nak masuk 2 bln bersalin. Luka yg x cantum bole bercantum lagi kah ?

    ReplyDelete
  4. Kalau dah nak masuk 2 bln bersalin. Luka yg x cantum bole bercantum lagi kah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis..sy pon ada mslah yg sama..almost 2 bln luka xcantum lg..luka sis cmne??sis buat cmne??

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. assalam sis..sori nk tny mmg menjadi elok ke krim tu..saya pn ad masalah sm n dh try bli tp cm sama jeee..tkt lak kne jait balik gak

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete