Assalamualaikum semua..
Kembung antara perkara ibu bapa paling risau and tak nak jadi dekat baby. Ya lah kalau baby kembung jangan harap lh nak tidoq macam sweet dream sangat. Even hang dalam pantang!
Alhamdulillah, Naaila setakat ni tak pernah kena kembung teruk or dia pernah kembung tapi dia jenis tak suka nangis so takde lah sampai dia meraung lama2. Ada lah dia nangis sebab tak lepas nak kentutt.. Memang lah kalau kita pon orang besar angin dalam perut ada tak lepas nak kleuar kan dgn kentut tu uiii takde mood rasa. Hihi. Ni kan pulak budak kecik.
Ana dgn husband tergerak nak pergi klinik waktu dalam hari lagi sebab Naaila macam kalau tido kejap2 nak susu. Lepas tu asyik gerak2. Risau lah kenapa. Then tengok perut macam buncit jek. Ingatkan sebab kenyang minum susu.
So, decide nak pergi klinik pakar bayi dan kanak2 dekat jalan beserah kuantan. Ana memang recommend kalau parents nak pergi sini. Doktor tu A+ ana bagi. Memang baik and details explanation. Even tunggu lama and even dah booking petang tu tapi still lambat sikit panggil sebab ramai orang. Bila jumpa doktor hilang rasa penat tunggu tu sebab dia layan baik sangat.
Dah setel check doktor cakap Naaila kembung sikit. Selalunya baby memang akan kembung pon waktu umur sebulan hingga 3 bulan waktu kembung yg high doktor cakap. Doktor bagi 2 jenis ubat air tu naaila kena minum setiap 6 hingga 8 jam. Alhamdulillah memang berkesan. Apa tanda2 bayi kembung???
*baby time tidur asyik bergerak2 sebab dia tak selesa dalam perut ada angin. Nak bagitau tak pandai.
*kerap kentut dalam 20 minit lebib dari 5 kali. (tapi bagus bila dia kentut dia rasa lege lah. Macam naaila memang terer bab kentut. Haha ..)
*cepat lapar. Waktu naaila ada angin dalam perut tu memang dia asyik menyusu dan masa dia menyusu sangat lama hampir sejam lebih. Ye lah perut ada angin kan cepat lapar.
*last sekali kuat menangis. ( alhamdulillah, naaila tak kuat nangis)
Actually aku tak minat ubat makan2 bagi dekat Naaila. Kecik sangat lagi. Jadi ana still tuam naaila dengan air panas letak dalam botol susu yg tak guna. Tuam slow2 memang banyak dia kentut. Lepastu ma ada buat tungku untuk naaila goreng pasir campur bawang putih and lada hitam.. Memang berkesan jugak.
Ha kelmarin baru bawak naaila pergi rumah tukang urut bidan kampung dekat kelantan ni kebetulan urut ana suruh dia tengok angin naaila. So far mok kata naaila punya angin tak kuat pon. Ok mok tu nama tukang urut tu ya. Ni pon sesiapa area kelantan ana suggest pergi berurut dekat sini. Memang terbaik. Next entri ana cerita ea. Mok suggest kan minyak TYT. Yes TYT..
Ha tengok 2 kali ana taip TYT tu menandakan minyak TYT lah minyak telon terbaik tu. Serasi sunggu dengan naaila kejap je ana sapu and urut2 perut dia sikit terus asyik kentut je. Sampai malam tu dia tido sampai ke pagi dengan lena ny bangun 6.30 ajak ana main terus. Poningg kepala ibu ni uitt sebab semalam gigih buat entri pasal papa line slow so ambil masa sampai 2 jam. Tido dalam pukul 3 macam tu mana tak pening kepala bila dia ajak main. Tapi demi buah hati terus senyum main2 kejap bagi susu dia sambung balik tidur. Ok dah melalut ke lain. Hehe. Maaf kan saya.
Before ni ana guna minyak yuyi. Lepastu tukar minyak mustika bayini. Semua pon memang ok. Tapi bagi ana naaila ni serasi dengan TYT ni lebih lagi.
Meh nak share review satu2. Minyak yuyi rasa jugak tau panas nye tapi bau dia memang ana suka. Ha ni minyak yuyi naaila..minyak yuyi pon takde masalah cuma ada rasa panas tu.
Minyak bayini mustika ok jugak dengan naaila kentut jugak . Minyak bayini bau boleh lh dan tak panas untuk bayi. Ok ni minyak bayini naaila. Paksu dia beli lagi satu tak bukak pon lagi dah tukar TYT sebab mok suggest. Apa2 pon terima kasih paksu :)
Minyak TYT pulak memang tak panas and wangi bagi aku sebab bau dia macam serai wangi. Before balik kuantan besok nak beli siap2 3 botol buat stock sebab kita orang besar pon boleh guna. Lagi2 untuk wanita baru lepas bersalin :)
Meh nak belanja gambar naaila tido dengan bahagianye bila angin dah main jauh2.. Tapi still kita ni yg fully breastfeed kena jaga pemakanan tau. Kesian ke baby nanti.
Semangat Naaila tidoqq ye lah perut dah lega.. Happy lah dia >_<
Love note: Harap dapat membantu parents yg tengah mencari minyak telon terbaik untuk buah hati kita. Try lh minyak TYT tu mana tau serasi jugak dengan baby comel korang. Plus minyak ni boleh guna utk kena gigitan serangga. Kalau baby sihat mama dgn papa pon tenang hati kan (●´ะท`)♡
Till then,
love mother life ♥
No comments:
Post a Comment