Friday, 14 August 2015

Cemburu buta vs cembura celik.

Assalamualaikum. Harigato!

Korang takut tak bila dengar kes cemburu tak bertempat ni? Actually bukan girls je ok yg ada cemburu tahap melangit ni. Guys pon setambun ada. Lagi buruk ada lah bila guys cemburu buta nih. Tak caya?? Banyak kot kes suami bunuh, gam kemaluan isteri (ewwwww..melampau betui!) meh kite pakat gam suami die punye semula. Haha. Just kidding.



Tengok ada ke patot? Memang tak patot. Mesti waktu buat ni marah tu kuasa diri. Tak teringat langsung istighfar pada Allah. Nauzubillah mintak jauh.


Bukan lelaki je oit yg ada kes cemburu buta ni. Gangster betui isteri dia bak hang. Hehe. Syak suami curang terus suruh orang belasah. Boleh gitu?? No, no, no.. Apa susah mogok jek 3 hari 3 malam. Haha. Gurau2.

Ok macam mana aku dengan abang eak. Siapa lagi kuat cemburu nih? Aku tak dapat nak jawab tipu woi sebab abang memang tak kuat cemburu. Since before kahwin. Dia sangatttt lah rasional! Cemburu ada tapi bersebab lah.

Kadang2 aku duk fikir jugak waktu aku dekat u dulu tak kan dia tak pernah takut aku kena rembat orang eak. Bajet hot sangat je aku ni. Hihi. Tapi series memang tak pernah lah dia nak cakap macam budak lelaki lain

"awak pergi kelas tu ingat saya." 
"awak jangan pandang laki lain tau. Pandang dinding jek!" tu ayat aku reka sendiri.
"awak ingat ye saya kat sini."

Tu contoh ayat pasangan couple ea. Jangan tak ngaku mesti ada yg tengah baca macam ni kannnn. Tapi husband aku jangan harap dari zaman dulu enggak pernah sih bilang begitu sama aku. Heran bangat. Keluaq indon dah. 

Dah kahwin?? Uishh. Lagi lah dah before kahwin pon trust 100% ni kan pulak dah depan mata. Tak pernah timbul langsung. Even tanya pasal kawan lelaki aku dulu2 pon dia tak nak tau langsung. Aku pulak ngada2 buat2 cerita nak tengok die jeles. Tapi haramm takde apa langsung. Last2 aku pulak jeles sebab keluaq soalan exam "dah tu abang macam mana lah dengan dia dulu??" hihi. Motif? Aku nak buat orang jeles. Aku yang jeles. Tapi jeles ngada jek lepastu senyum macam kerang busuk.

Aku pulak cemburu tahap mana? Sama jek macam abang. Cuma aku jenis cakap jugak " ingat ayang ea" tapi takde maksud pon tak percaya. Dah jadi habit. Perempuan kan. Kalau tak berbunga sikit tak sah. Dengan husband sendiri takpe lah kot. 

Kesimpulannya, aku rasa kitorang pasangan cemburu celik. Perkataan aku reka sendiri. Boleh gitu? Blog aku ikut suka lah nak build perkataan apa. Ye dakk. Cemburu mesti ada. Menipu aihh kalau takde tapi still in control. Setakat ni. Selama 1 tahun 3 bulan. Harap kekal lah sampai bila2 cemburu celik ni. Lagi2 dah ada cinta hati nur naaila medina lagi takde masa nak cemburu. Nak jeling2 manja pon kojap2 je dapat. Jumpa dekat ruang tamu kejap " i love u" "love u too, ok bye adik nangis nak susu". 

See mana dan nak cemburu2 ni. Korang dengan pasangan pulak macam mana?? Mesti korang sendiri tau jawapannye. But its ok lah cemburu buta or celik still boleh get long kalau kita faham each other. And trust!



Pftttt.. Orang sebelah pandang kamera lah. Hihi. 


Over pulak abang senyum waktu ni :p 
Ok aku domok ye waktu ni dah 9 bulan uit. Sehari lepas tu dah bersalin :)
.
.
.


Love note: Kata cemburu celik. Selfie kena celik lah (♥ω♥*)
Tapi jangan sampai nak jadi cemburu celik pasangan duk menggedik dengan perempuan senyum sokmo. Berani? Keluar terus silat pak mat kungfu nanti! Haha.

No comments:

Post a Comment