Assalamualaikum :)
Bila dah jauh2 ni mesti feeling rindu. Ingat perangai tak senonoh manja husband pon boleh senyum padahal kalau kat depan mata dah kena bebel. So, malam ni nak berjiwang biar dia terharu sikit bila baca. Tu pon kalau baca -_-
Kenapa Hasyimi Rusydam jadi suami ana?
Paling utama mesti sebab jodoh memang Allah dah tetapkan.
Orang mesti akan tanya kaya ke dia? Hensem ke dia? Alim ke dia? Sembahyang tak tinggal ke dia?
Abang memang tak sempurna. Memang takde orang sempurna pon dalam dunia ni..
Tapi ofcourse dia ada kelebihan sendiri bagi mata ana..
First, dia memang tak kaya tapi dia cukup pandai manage duit. Alhamdulillah, dah setahun lebih kahwin setakat ni ana tak pernah rasa susah. Kalau susah pon ana tak kisah still nak together dengan husband jugak.
Nak cari husband tak kaya takpe tau tapi biar pandai manage duit. Kalau lelaki kaya sekalipon duit bergunung kalau boros.. Apa yg tinggal?? Ok buang sekarang list syarat jadi husband KAYA tu. Hihi
Dia tak romantik langsung okey! Hadiah birthday I tahun lepas non hadooo. Tapi dia ada kelebihan lain. Jiwa lembut. Yes mudah nangis bila tengok orang yg dia sayang susah. Paling ana ingat time lepas bersalin ana kena masuk wad sebab Naaila kuning lepas gaduh sikit. Ana nangis dia pon nangis jibik-jibik. Comel sangat bagi ana sebab nampak terus keikhlasan tu.
Dia memang tak romantik tapi bila ana cakap nak makan steamboot dia bawak ana, ma dgn abah. Ana duk bebel sebab makanan tak berapa sedap. Muka dia terus macam sedih tapi still nak buat senyum. Dia sedih sebab tak dapat bagi apa ana nak. Jap nak upload gambar waktu tu. Ni antara gambar fevret ana lah :) ***sedih puas cari takde gambar tu. Dah transfer dalam lattop ***
Dia memang pemalas kalau ana mintak tolong. Tapi time dia buat rajin rasa terharu sangat lah. Tapiii maaf bang bab ni tak boleh puji lebih sebab rasa sikit sangat time rajin tu. Haha.
Rajin melayan isteri nak minum air kelapa. Kelapa betul taknak beli air 2 ringgit kat pasar. Haha.. Walaupon bukan pandai sangat belah kelapa tu ayg lagi pro. Hihi |
Dia memang nampak series depan orang lain. Tak banyak cakap kalau dia tak masuk kepala dengan orang tu. Tapi kalau dengan ana dekat rumah alaways buat lawak. Menari2 siap nak buat ana gelak.
Dia memang tak pandai pujuk nak bagi bunga ke non hadoo. Tapi dia mudah mintak maaf. Ana pon jenis mudah mintak maaf. Sama2 jenis mudah and taknak besarkan masalah. Thats why kitorang tak pernah gadoh lebih dari sejam.
Dia memang tak hensem bagi orang lain. Tapi bagi ana husband ana paling hensem. Series. Haha. Mana boleh kita rasa lelaki lain lagi hensem dari husband kita. Dosa!. Biar lah orang duk tegur husband ana makin dipam-pam. Yes memang lah sebab dia happy. Jangan jeles okey kalau badan tak boleh naik macam tu :p Domok baru sedap buat bantal time dalam kereta sedap pinjam bahu empuk. Naaila nak baring atas papa pon sedap tilam vono tau :)
Boleh jadi tilam vono cinfa hati kami tsu :) |
Best uit ada bantal dalam kereta. |
Dia jugak driver fulltime ana. Even dah pandai drive bila husband ada jangan harap lah nak drive. Hehe. Kalau time ana buat perangai bak pergi jalan dia jugak lh tukang layan walaupon kadang tak dilayan. Sakit hati >_<
Banyak lagi ayang nak tulis untuk abang tapi ni paling masuk dalam hati♥
Lupe lagisatu dia tak suka bgambar sangat. Ehh.. Dia suka jek bergambar tapi ikut mood kot. Entah nak explain macam mana. Motif utama?? Muka abang tak makan gambar and Dia malu kalau ana tangkap gambar kalau dekat public siap pesan flash off dengan siap suruh pakai fon dia tak bagi guna tab ana ,-_- isteri dia??? Kuat benorr selfie.
See.pura-pura tunduk kononn.. Kura-kura dalam perahu. Jangan ingat ayang tak tahu :p |
Actually perangai tak senonoh pasangan kita contoh lah ye ni contoh kentut ke apa pakai lepas tu lah paling korang akan ingat bila dia takde :) semua orang pon ada perangai buruk. Ana sendiri ada perangai buruk. Sama2 kena terima lah. Kalau kita pandang yg buruk je tak kemana lah hidup.
Kalau abang perasan ni kita punya gambar dari baru kahwin sebulan sampai lah ayang pregnant 9 bulan last pic yg muka kembang semacam. Haha. Lusa tu dah dapat cinta hati kita si domok Nur Naaila Medina >_<
Kalau abang perasan ni kita punya gambar dari baru kahwin sebulan sampai lah ayang pregnant 9 bulan last pic yg muka kembang semacam. Haha. Lusa tu dah dapat cinta hati kita si domok Nur Naaila Medina >_<
Alhamdulillah, ana dah jumpa my perfect one. InshaAllah ♡(∩o∩)♡
Love note: tujuan taip entri ni bukan nak puji suami sendiri tapi nanti dah tua-tua boleh baca semula kalau panjang umur. InshaAllah. And bila tengah nak merajok ke gaduh-gaduh manja baca ni boleh tenangkan hati semula kan :)
Love note untuk abang: Mana fresh flower ayang dari before bersalin dah cakap nak fresh flower bila lepas bersalin??? Haha.. Tuntut.
No comments:
Post a Comment