Friday, 24 July 2015

Selamat pantang raya!!

Assalamualaikum.. Haii :)

Dah raya ke berapa baru sibuk nak buat entri raya. Its ok raya 30 hari kau. Jeles punye pasal orang lain boleh raya. Haha.. 

Tahun ni takde lah langsung tak beraya. Even aku tengah pantang ade jek raya ke 2 aku, abang, dgn ma tangkap gambar semua. Awat raya ke 2?? Raya pertama aku dgn husband boleh tertido bangun lewat bangat. Malam tu adik tak lena tido nangis uwaaaa uwaa.. So mata berat macam ada batu dekat atas mata. Kesian abah datang dari kelantan raya pertama tak macam raya.

Bangun dalam tengah hari baru salam2 mintak maaf. Dapat lah duit raya dari abang. Hooreyyy. Hihi. Tapi ma ada masak jugak nasik minyak, rendang, ayam masak merah dengan nasi impit. Lupe lemang pon ada tapi beli lah. Ada lah kuih2 sikit. Ok banyaknya makanan raya. Tapi masuk dalam perut aku tak?? Nasik dengan rendang and kuih je sikit2 lah. Oh nooooo. Selalunya tiap kali raya perut dengan mulut aku tak berhenti kerja. Full time!! 

Tapi ok pantang. Pantang. Pantang. 44 hari je farhana! Ayaq batu je paling aku geram tengok. Yg lain boleh sabarunnn. 

Alhamdulillah. Tahun ni beraya bertiga dah. Sepatutnya tahun ni beraya dekat kelantan. Kesian adik ipar aku tak dapat cuti beraya sorang kat sana. Ma dgn abah je dapat raya sekali. Abah pon raya ke 2 dah balik sebab besoknya kerja. Tu takde gambar dengan abah.

Jom layan gambar. Raya pantang aku. Raya jadi mak dah tahun ni. Firts time tak raya dgn adik beradik. Raya dgn family sendiri dah. Feeling orang tua dah aku :) hihi.




Naaila raya dgn papa dulu. Kena paksa. Haha


mamaaa. Posing sikit :)












Wefie sikit :) tapi abah dah balik waktu ni.



Finally, family potret. Bertiga ♥

Mama dgn papa Naaila..
Teman bergaduh.
Teman mengadu.
Teman bermanja.
Teman borak.
Teman bergurau.
Sempat lagi kau beli baju raya tengah pantang? Nooo lah. Aku beli awal and tak plan pon buat baju raya. Aku beli waktu mood republik dekat zenith. Bella Luna punye brand. Ok lah baju ni cuma aku silap beli saiz L tu saiz waktu pregnant. Sekarang dah kembali pada asal saiz aku so gedebeh sikit baju ni. Tapi no hal lah bagi aku. 
Abang pulak malam raya baru beli tu pon kena paksa dgn aku pergi beli baju raya sama warna. Sebenarnya sebab aku sedih kalau dia tak pakai baju baru time raya. Penat2 kerja takkan tak nak beli baju raya sendiri. Tahun lepas dah tak beli sebab abang memang tak suka pakai baju melayu. Kan guna kejap je. So dia selalu shopping tshirt je time raya. But this year big no lah aku cakap! Nak bergambar cantik2. Nanti nak tunjuk dekat Naaila first time raya dia dekat dunia :) 

Sila beraya sakan ye korang tapi kalau boleh puasa 6 jangan dilupa okey! (´ε` )♡

Till then.. Have a nice day! Assalamualaikum. 

Ok. Ok. Gambar last.. Tata ~♥~







No comments:

Post a Comment