Tuesday, 19 July 2016

Resepi baby cookies simple dan sedap :)

Assalamualaikum :) 

Tak tau lah kenapa sejak dua menjak aku jadi suka masak melampau. Tibe2 buat nasi beriyani ,nasi lemak, nasi jagung, kek haa ni cookies pulak. Penyakit mak mak betul. Hehe. Idea buat cookies ni sebab baby boo mama tak mkan oat mama beli utk die. Membaziaq anak! Resepi aku reka sendiri ikut naluri hati. Sebenarnye ikut bahan yg ada dekat dapur. I tak keluar rumah tau time suami kerja. Haha..Hasilnye?? Series wei yummyy. Rapuh je makan cair dalam mulut sesuai sangat utk baby. Kite ada ilmu baik kita share kn boleh mamamia lain buat utk baby kat rumah. Dari beli dah berapa hengget. Agak mahal baby cookies yg homemade bagi ana lh. Lets check it out resepi nye!

Bahan-bahan (16 pcs) :

4 sudu gula (dikisar)
5 sudu oat (dikisar)
Unsalted butter (suku)
Telur (1 biji )
Choclate chip (option.. Letak perisa yg korang suke. Contoh kurma / badam /kismis ape2 je lah yg ade dekat rumah korang. Hehe)
Tepung ( ikut tahap kepekatan mana korang nak. Tambah sikit2 )

Cara-cara:

Pukul butter & telur sampai sebati. Masukkan oat. Kacau lagi. Lepastu masuk gula jangan manis sangat utk baby kan. Then tepung masuk kan sikit2 bagi tekstur tu agak2 tak lembik and senang nak bentuk. Last gaul kan chocolate chip. Buat lah bentuk yg korang suka. Ana buat bentuk love dgn panjang2. Hentam saja labu :p Panaskan oven dulu 10 minit. Bakar cookies tadi suhu 150 darjah selama 20 minit. Ok done!


Ulat bulu main mata naaa. Hehe..

Simpan dalam bekas kedap udara. Petang2 boleh bagi baby boo makan.
.
.
Ana mixer manual je. Sambil baby boo tolong. Series mudah sambil korang main2 tu boleh ajar anak bentuk apa and terangkan lah barang yg korang guna. Mama naaila mmg suka jadikan naaila mcm penonton tau. Konon2 mcm chef betul lh ana terangkan kat dia. Hehe. Semua ana buat ana terangkan kat dia contoh tiap kali lepas mandi ana akan urut naaila then ana mengarut lh konon feeling dekat spa tu. Syokkk ada kawan yg dengar je cakap kite ni >_<

Tu je lah ana nak share. Cuba tau buat cookies ni utk baby series sedap dan mudah. Enjoy your day mamamia! 


No comments:

Post a Comment