Wednesday, 13 July 2016

Kek paling simple!


Idea buat kek ni dri abah. Baru ni balik raya dgr abah cakap dgn ma "sedap ni klu abah buat kek guna telur and gandum je.." Aku tefikir kek ape eak mcm senang je kebetulan hari ni rase nak makan benda mcm tu. So buat lh mak budak dgn kepantasan kilat sambil masak ayam kurma kat dapur. Sambil "goder" bahan kek sambil layan Naaila dina yg rajin "menolong".



Hasilnye bagi ana sendiri penggemar kek. Not bad sedapp! Bukan sebab aku buat tau. Hehe. Meh nak share resepi mudah yg bahan confirm ade dekat dapur korang.

Bahan-bahan:
~Gandum 2 cawan 
~Gula 1 cawan 
~Telur omega 3 biji
~Butter 1/2
~Susu cair 3 sudu
~Serbuk penaik 1 sudu
~Pewarna (option)

Cara-cara:

Pukul telur dan gula sampai sebati. Masukkan butter. Kacau lagi sampai butter tu betul2 cair dan sebati dgn telur and gula tu macam adik beradik. Dalam bekas lain campurkan gandum and serbuk penaik. Lepastu jadikan gandum and serbuk penaik tu kawan kepada adunan telur tadi. Hehe. Masuk sikit2 kacau hingga diorang jadi ngam sampai tak nak berpisah >_<

Asingkan 3 adunan. Satu tanpa pewarna. Lagi 2 korang isi lah warna apa pon. Ana guna warna hijau and merah. Tu yg ada kite guna je tak payah membaziaq. Then letak dalam loyang yg dah disapukan butter. Selang seli tau tuang tu and korang goyang inulkan adunan. 

Jangan lupa panaskan oven 10minit dlu. Then bakar kek suhu 150 selama 40 minit. Ana guna api bawah. Done! Hasilnye walaaaahhh dgn cara yg mudah and bahan simple mimple mmg sedap lh bagi ana. Boleh lah bagi suami and naaila  bambam tu makan petang ni. Korang penggemar kek mcm ana wajib cuba tau. Xoxo :)


No comments:

Post a Comment