Wednesday, 2 September 2015

Review: Stroller Lazada Malaysia.

Assalamualaikum semua :)

Okey naaila dah ada kereta pertama tau kecek2 ni. Hehe. Actually, beli 2 minggu lepas lagi. Tapi baru sekarang ada kesempatan nak share.

Puas survey stroller yg berkualiti tapi harga masih berpatutan. Tak mau lah mahal-mahal sangat kan. So kitorang husband and wife ni pon dok godek lah lazada. Aku lah yg suka sangat dengan Lazada ni. Besttt sangat time ada less. Bukan simit less tu kadang-kadang sampai 90% pon ada.

Apa kegunaan stroller ni? Penting sangat ke? Mula-mula kitorang memikir jugak banyak kali berbaloi tak beli. Takut membazir jek. Lepas fikir-fikir senang jugak kalau ada stroller nak bawak naaila pergi mall ke. Dia dah domok wei.

Aku dgn husband mula-mula nak beli stroller yg one set dgn car seat. Tapi tiba2 shaitonirajim menghasut and ada rezeki sikit. Aku terbekenan dekat stroller ni. Sebab aku tengok yg one set dengan car seat tak berapa comfort dgn lawa sbb kitorang survey bukan yg beribu riban tu kalau yg mahal tu ada lah cantik. Ni kitorang survey RM600 macam tu.

Aku suka tengok function, warna dia lawa, lepastu boleh guna sampai 4 tahun. Berbaloi lah. Alah nanti boleh pass dekat adik dia kan. Haha. Uitt baru 2 bulan dah cakap pasal adik?  Noooo :)

Discuss dgn husband cot cet cot cet.. Adik jugak lah yg bahagia tidoq walaupon barang ni untuk dia. Haha. Paling best lgi sebab ada sale half price tak silap. Harga asal 1200. Tu yg terus nak grab. Perempuan sgt pantang perkataan SALE tu okey. Ni gambaq strollernya. Ada 4 pilihan warna purple, pink, biru and kelabu. Mesti lh pilihan hati purple sebab nanti kalau naaila dpat adik lelaki x lah pelek sangat. Kalau pink ?? Hehe. Nampak sangat peleknya kalau dapat baby boy. 



Tayar stroller ni antara buat aku terpikat jugak.
Sebab aku tak minat tayar yg kecik sangat tu. Rasa tak sefety je. Tu aku punya pendapat je ye.


See jaring-naring tu untuk tak bagi baby rasa lemas.
Rimas kot kalau tertutup semua. 
Tapi dia ada provide if kita nak tutup jaring tu :)


Ni dari bahagian depan.
Tempat isi barang pon besaqq best sebab mak bapak boleh tunpang letak barang. 
Siap aku letak barang lagi utk korang imagine. Hehe

Promote siki. Nampak tak cleanser dalam bilik ayaq tu??
Kalau nak oder or nak tanya anything tentang skincare boleh direct whatsapp okey.


Dekat bahagian belakang tu ada tempat brek jugak. 
Safety.



Ni aku screenshoot je lah ye sebab malas nak tangkap gambar setiap satu. Hehe
Stroller ni boleh adjust 3 position. Baby baring. Baby duduk alah baby menyandar yg position biasa korang tengok baby dalam stroller. Susah nak explain. Hehe. Dgn position muka menghadap kita.

Kesimpulannya, aku bagi 4 bintang setongah. 
Memuaskan sangat!!
Saja simpan lagi separuh bintang tu. Hehe
.
.

Cara nak beli dekat LAZADA sangat mudah jek. Yg penting korang kena ada internet banking tak kisah lah bank apa pon. Nanti dah pilih barang masuk dalam chart tu. Lepastu follow jek instruction nye ok :)

Ni link lazada pergi lah cuci mata. Semalam kitorang baru oder jam tangan dgn car seat utk naaila. Tapi jam tangan utk papa dia. Banyak sale tau sempena MERDEKA nih.  Next entri review car seat ye memuaskan atau tak.

Next entry jgak aku akan share sebenanye apa function stroller tu aku buat sejak jadi mak ni. Kalau korang perasan ada tangan cenonet dalam stroller tu. Haha.


Happy shopping okey!!  (●´ะท`)♡

1 comment:

  1. Maaf ana lambat balas. Berattt. Kalau isteri bawak sorang tak larat. :)

    ReplyDelete