Assalamualaikum >_<
Mother life? Bukan senang and semudah korang bermain cinta dgn pakwe makwe ya. Haha. Banyak stage kan before kahwin kenal pasangan, tunang, kahwin.
Oh masa kenapa kau lari terlampau laju macam masuk sukan komanwel?? Please jalan itik je cukup.
Ok kahwin ya fasa pertama dalam tahun pertama masih dalam mood honeymoon. Sweet lagi. Gaduh sikit2 sebab baru nak kenal pasangan yg the real punya kenal. Lepas dah pregnant. Ok ni pon time you all boleh lah nak romantik. Manja. Please girl guna masa ni sebaiknya. Nak makan. Penat and tak larat nak masak semua tu dimaafkan. Haha.
Lepas dah kita dengar bunyi "uwaaaa..uwaa.. Uwaaa" waktu bersalin. Lepas papa azan or iqamat kan baby. Zassss.. Your life will change dude. Hihi. Tapi life changing yg lagi best, syok, sweet, happy. Semua lah benda positif isi sendiri tempat kosong!
Aku punya mother life memang betul2 mother life sebab housewife kan. 24 hours kau ada masa dgn cinta hati korang. Harini tengok kecik. Eh besok besaqq dah jari anak mama. Kita sendiri tak perasan. SubhanAllah, kuasa Allah. Amazing.
Jadual aku start pukul 6 naaila jadi jam loceng nangis nak susu. So aku akan spend time dgn dia sambil husband pergi mandi nak siap pergi kerja. Kadang2 husband main dgn naaila buat dia senyum. Gelak. Joget-joget kejap. Eh kadang2??? Aku rasa tiap hari macam tu. Naaila sangat happy kalau papa dia balik kerja.
Husband pergi kerja aku still tak boleh buat kerja sebab waktu ni tahap aktif naaila tinggi. Dia ajak aku main. Dia penat dia nak susu. Ok bergayut sampai tertidoq semula. Kadang2 mak dia pon join sekatil. Hihi. Kalau tak join masa ni lah untuk balas sstiap satu meesej customer sampai keras jari.
Tapi kadang2 aku bangun terus pergi basuh baju tekan mesin jek. Sidai baju tugas papa dia. Sapu2. Kemas apa yg patut. Sambil kepala jenguk sekejap. Jenguk lagi naaila. Dah macam kura2 keluaq masuk keluaq masuk kepala nak tengok anak.
Then dalam pukul 10.30 - 12 lebih gitu ikut pada big bos pukul berapa dia nak mandi. Selalunya before dia mandi dia akan " naaa ayeee. Naa... Ayeee" so mak dia dgn pecutan semaksimum mungkin susu kan kojap. Dalam kepala fikir ok pinggan kat sink. Tapi muka senyum sambil belai naaila. Oh mak sangat. Depan anak takkan tunjuk ok apa yg kita fikir and penat. Pergi pelok cium mak korang cepat.. Abah sekali jgn lupa!
Lepas siap mandi. Siapkan naaila. Aku pulak mandi. Tapi kena tengok tahap kesabaran si anak nak minum susu kalau dia dah tak tahan aku menyusu baru mandi. Waktu mandi aku letak naaila dalam stroller biar nampak dekat depan mata. Bilik baju kitorang dekat bilik tengah selalunya mak yg pelupa ni baru terhegeh-hegeh nak cari baju. So aku tolak lah naaila sekali ke ruang tengah.
Naaila dh siap mandi bunkus jap dalam napkin. Haha. See sebelah pakai sarung sebelah lagi tak. Mak dia pelupa. |
Terus sambung buat kerja yg terbengkalai dekat dapur jap. Again tengok pada tahap ketahanan si domok naaila. Kalau dia tak tahan jawapanny tido kan dia dulu. Baru boleh sambung. Dia nak tido pelok i all tau. Seronok sangat. Sangat manja dgn mama dia. Haha
Tidoq sanggup senget badan nak pelok mama. Oh my sayang.. Geram nak cubit peha lah>_< |
Dah tido baru boleh buat kerja dengan tenang sambil kepala jadi kura2.
Letak naaila dalam stroller tinggal dekat ruang tengah. Aku dekat dapur nyanyi lagu "apo kona ehjang" haha. Ni tipu. Aku macam robot buat kerja taku naaila bangun ler.
Sampai lah ke malam tugas sebagai mak ni non stop. Takde waktu rehat macam org bekerja office hour. Selagi baby tsk tidoq hang tak boleh tidoq. Bila baby suruh lapor diri nak susu sila lapor diri ya. Tapi ok sikit bila husband ah balik kerja. Abang yg main-main dgn naaila. Waktu ni baru boleh balass lagi mesej customer.
But still as a wife kena layan suami dulu. Borak-borak.jap. i love u. You love me. Cakap lagi. Ok suami aku simple alhamdulillah. Masak pon sekarang tak payah sebab naaila memerlukan aku 24 hours. Terima kasih abang. Tapi actually aku rindu nak masuk dapur. Tekak aku tak berapa sangat dengsn lauk kedai oii.
Ok tu lah mother life. Bukan semudah kita main baby anak orang. Alallooo comel. Cium sikit. Gelak-gelak. Lepastu dah. Bila anak kita sendiri semua kita nak yg terbaik. Even pasal "poo" dia pon kita pening kepala. Tidur sengit lah. Bahu ok tak. Kepala ok ke tak. Lagi-lagi abang terlampau risau. Terlampau okey. Aku tengah menyusu tunggu je tengok takut tangan adik tersepit lah. Haha.
Ni aku update blog take time sampai 2 jam kadang2. Dah nanti naaila bunyi "naaa yaee.. Naa ayee.." stop dulu ok. Anak become first.
*PENAT STILL TAK BOLEH KALAHKAN KEBAHAGIAAN TU. Ni aku just share macam mana life changing aku bila dah ada anak okey (●´ะท`)♡
Rindu pulak orang sebelah ni. Tahun depan dapat anak sedare dah. Hooreyyy. Iam happy. Naaila lagi happy dapat kawan nanti dah besaq. Gambar ni aku tengah pregnant 6 bulan kot. Sempat lagi jalan sakan.
Happy reading!
Promote:
Ni testimoni aku sendiri ya. Gambar atas kulit berminyak. Jerawat naik sikit. Kulit tak sekata.
.
Anda berminat boleh direct whatsapp 011-29717510.
.
100% chemical free. Sesuai untuk semua jenis kulit.
No comments:
Post a Comment