Assalamualaikum :)
Selamat hari raya aidiladha semua. Adehh... Dah terlewat sangat pon. Tapi takpe lah asal kn aku ucap jugak.
Biasa lh mood malas main handphone bila dah balik kampung. Dari bulan 3 aku tak balik wei sebab pregnant mana tak selak kan??
Tapi kali ni lain sikit sebab ada orang ketiga. Hihi. Si Naaila lah. So preparation nak balik kampung sangatttt mencabar sikit. Kalau before ni kemas2 barang ok jom gerak naik bot rilek2 je.
Bila dah ada baby kena fikir kalau naik bot tengah hari takut dia nangis pulak panas sementare tunggu bot. Dah lh Naaila tak boleh panas sangat dia cepat berpeluh so dia punya tahap tak selesa terlebih sikit sampai nangis2.
Kitorang as a parent dah kenal dgn sikap dia fikir baik gerak malam dari rumah then tido dekat rompin. Naik bot pukul 6. Dia tengah lena di buai mimpi lagi senang nak gerak naik bot semua. Alhamdulillah keputusan yg tepattt sangat dia memang asyik tidoq je sampai kampung genting baru bangun. Tu pon mood aduhaii baik semacam duk gelak-gelak senyum lah cakap2 tapi bahasa baby lh ye :)
Happy sangat balik kali ni dapat berkumpul adik beradik. Siap tambah sorang ahli cekenit baru lagi. Abang dgn angah aku happy sangat lh. Ayah ngah die pon rajin melayan Naaila. Seronok sangattt tapi dah kena balik rumah sedih uitt. Siap malam last abang aku bodek aku dgn angah tido dekat luar sebab nak tengok Naaila.
Bila borak borak dgn angah and along rasa sedih jek bila fikir kalau lh abah dgn mak ada lagi mesti diorang lagi excited sanbut cucu pertama. Tak dapat bayangkan kegembiraan abah dgn mak. Abah selalu berangan cakap kalau kami berdua dalam pantang dia nak jaga semua. Tapi tak sempat abah.
Angah pon dah tak lama bulan 3 dah bersalin. Mintak2 semua dipermudahkan. Random update sangat kn. Aku pon tak tau nak tulis title apa entri ni -_- Yg penting nak umum kan aku tak bergambar pon raya haji baru ni. Mula2 selak pakai baju lawa-lawa bagai. Tak sampai 30 minit aku cabut dah. Bila ada anak aku rasa lagi best pakai seluar dgn blouse yg boleh breastfeeding jek. Haaa mmang sempoi habis lah. Kalau waktu anak dara dulu??? Haha.. Usah di cerita aku dgn angah akan tawaf satu kampung beraya. Sekarang? Duduk rumah diam2 JEREBU!
Makngah ayah ngah pon ada gambar dgn Naaila. Kami tak sempat gambaq pon -_-
Tepek je lah gambar waktu teman dorang berenang. Aku duduk dekat tepi je lah.
Naaila lena tidoqq kena angin pantai.
Apesal mata aku macam terbeliak? Haha..
Dah setel nanti aku nak buat entri gambar je malas nak cerita panjang2. Gambar dekat pantai bersepah sementara tunggu diorang berenang.
Sekarang musim jerebu so kurang kn aktiviti luar tau lagi2 untuk ibu hamil and anak2 kecik. Okey lah selamat terhindar dari JEREBU semua ≧∇≦
.
.
Promo:
CLEARANCE STOCK SHAWL CREPE!!
RM6 only..
Berminat direct whatsapp ana okey
011-29717510
.
Jangan lupa follow and like
Instagram: Naaila.House
Fanpage: Naaila House
Lepas ni kami akan keluar kn pelbagai jenis seluar tau. Stay tune ฅ'ω'ฅ
No comments:
Post a Comment