Lebih kurang total budget RM1500. Tapi kalau korang memang buat majlis aqiqah sahaja (utk anak perempuan) dalam RM1000 je lah. Ana haritu sebab buat sekali nazar suami seekor kambing.
.
BUDGET UNTUK 200 ORANG MAKAN:
Kambing - rm500
Lembu sebahagian - rm500
Ayam - 4 ekor (tak ingat)
Bahan2 dapur sekali dgn pinggan plastik semua tu habis lebih kurang dalam Rm400 atau kurang sikit.
Menu:
Nasi
Daging kurma.
Kambing gulai.
Ayam goreng berempah.
Ikan masin.
Acar.
Sambal.
Tembikai
Pemanis mulut: Trifle ( kak zura sponsor)
Minuman:
Air mineral
Air ribena
Air teo
20 Doorgift untuk imam and saudara terdekat. ( yassin and tasbih ) - Rm20
Sedihnya gambar makanan tak sempat pon tangkap. Memang fikir nak setelkan apa yang patut je. Gambar orang kuat majlis pon tak sempat tangkap. Maaf -_-
Terima kasih ma, abah, makcik mah, angah, kudin, amir, kak win, nurul, kak zura, and orang kampung yg banyak tolong.
Terima kasih juga utk tetamu yg sanggup datang dari jauh. Kami sekeluarga amat2 hargai. Tak lupa juga cikgu zamri yg dah hampir 10 tahun tak jumpa. Terima kasih cikgu sudi datang. Kalau nak ucap terima kasih tak terucap dekat blog ni. Moga Allah swt sentiasa rahmati kalian semua :)
Terima kasih semua. Doa kn Naaila dina jadi anak solehah yg boleh berbakti pada agama, ibu bapa dan negara. InshaAllah. Amin..
No comments:
Post a Comment