Tuesday, 15 December 2015

Breastfeeding journey.

Actually nak buat entri ni bila Naaila masuk 6 bulan 29hb ni tapi sekarang fikiran ni tengah memikir tentang susu ibu. Super fresh.

Ya Allah memang tak sangka bila jadi ibu  bila dapat bagi susu badan dekat anak rasa satu nikmat sangat. Tengok Naaila membesar dgn hasil susu badan yg Allah kurnia kn ni. 

Bila menyusu dia pandang mata. Senyum. Sambil guling guling badan. Lepastu tarik semula nak susu. Bahagia nye. Series bila dah jadi ibu or utk kaum lelaki yg memang tak kan dapat rasa jadi ibu tapi please cuba fahami isteri awak ye and please support die if nak full breastfeed. Sebab hati perempuan memang amat cepat tersentuh bila berkait pasal susu badan ni. Susu yg Allah kurnia dan mampu kenyang kn perut si kecil yg dia kendong selama 9 bulan. 

Yes ibu ibu ni amat sensetif even yg tak da rezeki nak bagi susu badan terpaksa bagi susu formula sebab faktor yg tak dapat dielak. Golongan ni lagi lh sensetif if awak semua cakap "eh tak bagi susu bdan ke?? Sepatutnye sampai 6 bulan" awak tau tak punca dia tak bagi susu bdan? Kalau tak tau please tutup je mulut.

Kalau yg bagi susu badan pulak. Mesti ada orang sekeliling yg tanya cukup ke susu badan je? Tak nak campur susu formula ke? 

Allah. Ana sendiri sejujurnye kalau jadi ana terpaksa tinggal Naaila buah hati ana tu. Terpaksa berjauhan. Hampir setiap hari fikir tentang ni. Sebab ana tau lepasni dah tak kan dapat rasa menyusu Naaila direct. Genggam tangan die. Die senyum manja dekat ana. Die guling guling sambil pelok ana. Sedih. Sedih. Sedih. Sebab ana tau memang tak kan rase dah bila die dah minum susu formula and ana pergi study kemungkinan utk susu kering tu ada. Sebab takde demand lain klau ana pump. 

Tu lah yg ana fikir kn sekarang. Antare nak bagi Naaila susu formula atau EBM. Tengok dari keadaan wajib duduk hostel rasa agak down utk nak EBM dalam masa yg sama hati ni mesti terkilan kalau Naaila mula minum susu formula. 

Tak pernah terfikir pulak waktu umur 22 tahun ni dah mula fikir nak bagi susu badan full. Waktu tengah mengandung tak fikir apa tentang ni tp bila Allah bagi rezeki ada susu badan and bila tatap muka anak syurga yg kecik tak tahu apa2. Jadi Semangat nak menyusu kn Naaila tanpa fikir penat ke apa even Naaila kuat menyusu tp ana rasa seronok sangat. Terlampau seronok. Pernah je waktu dalam pantang waktu hari ke 2 gitu rase nak bagi susu formula je. Tp bile tngok muka anak syurga ni memang tak sanggup sbb kite tau ade rezeki si kecik Allah bagi susu badan. 

Mesti still ada yg tak faham alah bagi je susu formula sama je. Mungkin awk tak faham. Ana hormat apa pon pandangan orang tp apa yg ana tulis dekat blog ana ni semua ikhlas dr hati ana. Kite sama sama hormat ye.

Ya Allah tolong lh beri petunjuk mana yg terbaik ~_~ 

Love note: tolong lh jangan down kn orang yg bagi susu formula atau breastfeed. Sama je tujuan ny utk anak membesar dgn sihat. Allah atur kn sesuatu mesti bersebab. Husband pon kene support isteri dalam apa je keadaan.  


Naaila, mama sayang sgt dekat awk. Terlampau sayang. Mama harap adik faham apa yg mama buat utk adik ye sayang.

No comments:

Post a Comment