Thursday, 3 December 2015

Baik buruk kahwin muda.


Assalamualaikum utk semua yg berhajat kahwin muda  :) 

Gataiiii ny hang nak kahwin mude2 ni!! Gatai ke?? No lah. Kahwin awal tak gatai. Yg gatai orang yg duk usha anak dara or anak teruna orang tapi tak nak kahwin pon. Ha tu baru gataiii.

Ana antara pasangan yg kahwin muda waktu umur 21 tahun. Suami baru 24 waktu kahwin. Alhamdulillah setakat ni gadoh2 manja je. 

Okey ana tak nak cerita pasal macam mana hidup kahwin muda sbb kahwin semua lain2 cabaran dan dugaannye tu. Ana nak share general baik buruk kahwin muda je.

Meh share yg manis manis je dulu. Paling best tengah kawan2 korang masih mencari pasangan or pakwe makwe kau dah selangkah kedepan dah ada husband or wife yg boleh jaga makan , pakai , minum. Plus kalau ada rezeki nak ada baby awal dalam usia muda korang dah ada baby. Bayangkan org yg baru kahwin umur 29. Waktu diorang baru nak ada baby. Anak korang dah 7 tahun contoh ana lah ea.

Kalau nak pergi mana2 dah tak payah nak cover line takut orang kampung nampak ke hapa sbb memang dah halal and sah pon. 

Next, Series automatik korang akan jadi matang. Contoh macam ana dulu boros yg amatt sbb angah manja kn sangat nak apa mesti dapat susah lh tak dapat. Tapi bila dah kahwin tak tau kemana hilang sikap tu. Ada je lagi tapi mesti fikir benda yg lagi penting. Lagi2 ada baby lagi syok shopping baju baby dari baju sendiri :) 

Matanggg. Again matang. Bila dah kahwin terasa dgn husband ke hapa kita takde lg tfikir sampai nak cerai. Kalau couple?? Putuss. Sambung. Putus. Sambung. Haha

Tengah kawan sama dgn korang sibuk fikir pasal nak beli make up lh nak dating pakai baju apa semua. Benda yg tak penting lah ye contohnye. Korang tengah sibuk fikir nak masak apa. Nak beli rumah sendiri utk anak2. 

Ok part buruk kahwin muda pulak ye. Tak lah buruk sangat. Cuma cara kau nak handle. Kau tahan tak. Tu je buruknye. Kalau korang kahwin muda lagi2 masih study. Komitmen sangat tinggi uitt. Kau kena fikir study kena fikir husband. Bila dah ada baby kerja tak cari lagi dah rase berat nak tinggal baby. Ok ni kena batang hidung sendiri. Bila dah kahwin ni apa2 keputusan kau buat bukan utk kau sorang tapi utk whole famly. So nak kahwin muda sangat?? Sila sedia kan otak yg keras nanti tak pecah nak decide apa2. Hehe..

Tu je lah bruk nye. KOMITMEN. KOMITMEN. KOMITMEN. Nampak satu perkataan kan? Tapi besar sangat maksudnye. Komitmen sebagai hamba Allah / isteri / ibu / anak / menantu / adik / pekerja / pelajar. Ha complete!! Hehe. Tapi series happy je.. Lagi2 kalau dapat anak lagi pengikat kasih hubungan suami isteri. Tengah penat marah sedih pandang je muka anak confirm jadi cair. Lagi lagi die senyum tunjuk gusi yg takde gigi tu.. Aduiii tergoda mama ^_^

Best tak kahwin ni? Macam banyak tanggungjawab je.. Yes tanggungjawab memang banyak. Hati kena kental. Jiwa kena tabah. Hehe. Happy banyak je.. Susah nak cakap sebab kahwin ni life. Orang tak kahwin pon life jugak. Cuma beza nye waktu korang nak masuk life yg berbeza tu fikir masak2 betul ke dah sedia? Tepat dah ke masa korang nak kahwin tu? Betul ke dah jumpe orang tepat? Ok fikir masak masak. Doa pada Allah. Semua mesti dipermudah kn :) yg pasti siapa pon kita tak kisah tua or muda antara impian terakhir mesti nak ada happy family dan anak anak. InshaAllah semua dipermudah kan. With love, MADAM HANA.





Happy sangat dapat pelok cium bau naaila. Pinjaman Allah yg paling beharga utk mama dgn papa <3


1 comment:

  1. Hello admin. Good sharing utk entry kali ni. Comelnyaaa naaila !! Rase nk cubit2 je hehehe. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

    >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

    ReplyDelete