Thursday, 19 November 2015

Tak pandai masak tak boleh kahwin!!

Assalamualaikum kesayangan semua  :)

Tajuk mesti ada yg nak argue kan? Hehe. Actually ni lah antara soalan popular yg ditanya waktu aku nak kahwin. Siapa yg tanya tu?? Bakal suami? NO. Bakal mak and bapak mertua? NO. 

Cuba teka siapa?? Mesti lah makcik2 yg sentiasa "ambil berat" tentang segala benda. Hihi. 

Aku kena mengaku yg memang aku jarang masak pon before jadi isteri orang. Aku bukan tak pandai tapi penyakit MALAS tu terlampau banyak. Dah dapat pulak akak terlebih penyayang bukak mulut je lah. Tapi kalau bab dessert aku no 1. Untuk masak tengah hari ? Sory angkat tangan siap-siap. Sebab saya ada along kuat komplen -_- Kalau aku masak je mesti ada je die nak komplen. Lepastu aku merajok baru pandai nak pujok!

Sampai aku dah kahwin bila balik kampung. Ada makcik tanya "Eh pandai masak dah kau??" " Tak sangka dah pandai masak kau eak" Gulpppp.. Tu pujian atau kejian? Haha. Aku ambil part positif ea mungkin dia puji aku dah pandai masak. Biar lah niat dia apa pon non layann. 

Korang korang yg nak kahwin tu tak pandai masak dah jangan risau okey. Takdelah sampai tak boleh kahwin. Pandai masak is bonus. Kalau tak pandai tapi rajin belajar bukan duduk takuk yg sama tu takpeeee.

Aku dulu nak masak lauk pon ala-ala je sekarang inshaAllah boleb masak sambil pejam mata. Ok tu tipu. Dulu nak masak godek godek fon tengok resepi. Sekarang?? Masak ikut gerak hati. Hehe. Macam pro je kan. Kalau dulu nak masak untuk orang ramaj tak berani. Sekarang alhamdulillah untuk makan raya tu boleh lah aku masak.

Cuma sekarang aku dah lama jugak tak masam sejak ada naaila. Bukan tak masak macam mana takde dah masak menu yg romeh romeh. Kadang goreng telur dadar mix sekali dengan ayam or daging. Semua pantas. Sebenarnya ada anak bukan alasan kadang aku ni je ikut kan sangat ngantok lah. So lepasni aku nak berubah lah.

Part mak mertua?? Macam aku alhamdulillah sebab ma memang rajin sangat masak selalu bagi resepi semua. Ma memang bukan typical datang rumah kami aku kena masak sedap2 ke apa. Syukur sangat lh. Sampai kadang ma yg masak sbb sian tengok aku penat jaga Naaila. Tapj kita kena improve lah diri kita. 

Kesimpulannya korang jangan dengar mitos yg konon nye tak pandai masak tak boleg kahwin. Semua orang pandai masak okey cuma rajin dengan malas je. Semua orang ada anak tekak kan? Kalau masak confirm rasa dulu so takde ny timbul tak sodap ke apa. Cuma beza anak tekak lain lain. Mungkin aku suka makan tu tapi suami tak suka. Abang?? Aku rasa semua dia makan selera je tiap kali aku masak :)

Aku dah jadi ibu. So air tangan ibu lah aku ni eak. Hehe. Dulu waktu sekolah selalu borak dengan kawan kawan cakap air tangan ibu oaling best. Sekali aku dah jadi ibu. Best ke air tangan aku?? Tanya pulak eak. Yg penting kalau kita ibu jaga solat. Jaga kebersihan. Selawat waktu masak. InshaAllah apa yg masuk dalam perut suami dgn anak kita dah berkualiti berbanding chef 5 bintang. Tapi kalau chef 5 bintang tu gegirl ada anak lagi syok anak dia. Air tangan ibu plus tangan chef. Apa aku mengarut. Abaikan. Haha. 

Alhamdulillah aku berjaya besarkan suami aku dgn jaya nye. Sila jangan tegur badan suami saya naik ya. Series saya suka badan suami sy macam tu. So bukan urusan awak awak awak yg tegoqq tu :p  Lepas ni misi besarkan si debut Naaila pulak :) aku pulak makin kurang isi. Adushhh.. 

Waktu Naaila dalam perut papa pegang tangan mama..

Ada Naaila mama takde dah dalam gambar -_-

Okey lah tu je aku nak share untuk orang yg baru nak kahwin jangan risau lh tu bukan big deals pon sayangg. Banyak lagi benda lagi penting. Contohnya jadi isteri yg jaga aurat untuk suami je ke. Ha tu kena fikir sampai senak otak. Ana pon tengah senak otak fikir ni. 

Love note:
Last update guna samsung tab S.. Series I is sedih sangat.. Sayang dekat tab ni. Tapi sejak ada Naaila nak handle tab besar ni nak balas whtspp customer I tak larat sangat wei. Tangan dah lah cepat lenguh. Besok nak pos dah tab kesayangan aku ni dekat tuan baru. Aku sayang sebab abang hadiah kn :"(  Nanti aku update tentang betapa syokk nye gune tab S ni okey.  Till then hae a nice day.

No comments:

Post a Comment