Assalamualaikum semua :)
Macam yg aku dah janji nak sambung waktu dalam labour room kan. InshaAllah story sampai habis entri kali ni.
29.6.2015 @3.30pm
Bila doktor dah cakap bukaan 10cm doktor dah standby semua peralatan. Dia suruh aku push kalau rase macam nak be**k push je sekuat hati macam orang kena sembelit tu. Sambil tu sila lh tekan punggung korang ye. Macam aku sampai dah nak melekat punggung dengan katil tu. Takut trkoyak banyak macam orang cerita. Hihi..
Tiap kali rase nak be**k aku push sekuat hati. Bile tak rase sakit jangan push rehat dulu. Doktor berie besorak dekat depan. " ok pandai2. Dah nampak rambut baby. Lebatnye. Push lagi. Pushh" Husband aku pon berie bagi semangat. "sayang boleh. Lagi sikit je.."
Buat pengetahuan korang abang jenis tak boleh sangat dengan darah dia nak pengsan macam tu. Tapi die kuatkan semangat jugak nak tengok lagipon dia cakap lepas aku bersalin darah tak banyak pon air ketuban jek banyak sebab tu mudah kot.
"suami nak tengok kepala anak?" doktor tanya husband aku.
First suami geleng then tarik nafas. Baru abang angguk and tengok kepala baby. Lepastu dia yg terlebih excited. Hihi.. Terima kasih abang.
"ayang lagi sikit. Lagi sikit je."
Aku teran sampai tegetar-getar sebab tak cukup nafas. Sakit alhamdulillah korang akan rasa lega bila dapat push.
Sakit sebelum jalan bukak sampai 10cm waktu nurse suruh tahan jangan push tu jek yg sakit yg teramat kalau kita nak bersalin jadi korang jangan risau ok mesti bakal2 ibu boleh tahan punya :) Waktu ni cuma ingat Allah dan orang yg kita sayang jadi penenang untuk kita.
"ok push lagi sikit je. Ok kepala dah keluar. Kita keluar kan badan je. Ibu push ibu! "
Doktor tu bagi semangat.
29.6.2015 @3.41pm
Sekali aku teran. Allah!! Terus dengar suara baby menangis. Uwaaaaa!!!!. Aku jeling ke bawah. Terus hilang rasa sakit.
Aku terus menangis. 11 minit bertarung untuk melahirkan Nur Naaila Medina pengalaman cukup beharga buat aku and husband.
Menangis gembira. Menangis dengan kebesaran Allah. Menangis sebab zuriat yg dalam rahim aku selama 9 bulan dekat depan mata. Allah.. Syukur.
Ni pengalaman yg aku sendiri rasa. Aku sentiasa doakan untuk ibu yg bakal melahirkan tak lama lagi sebab aku tahu macam mana perasaan korang.
Satu jek nak pesan korang boleh nak search pasal pengalaman bersalin semua tu tapi please ambil yg positif jek ok. Jangan fikir negetif2 sebab sakit orang berbeza-beza. Korang cuma perlu tahu cara nak neneran tu semualah. And bagi aku sendiri yg dah tersilap dulu waktu pregnant asyik search pasal pengalaman bersalin jek tapi tak banyak search tentang cara jaga baby. Series tu lagi penting tau bdasarkan pegalaman aku lah yg baru 10 hari melainkan korang dah biasa jaga baby baru lahir its ok ler.
Dah setel part bersalin. Lega. Kena tang jahit. Allah.. Memang menyeksakan. Aku pulak dapat doktor praktikal. Jahitan aku tak banyak pon sikit sangat. Alhamdulillah lagi sekali. Tapi yg jadi susah sebab bahgian dalam jenis luka sejemput sejemput. Faham tak maksud aku? Kat bahgian kiri sikit kanan sikit. Ha gitu lah.
So doktor praktikal tu tak berani dia pass dekat doktor yg berpengalaman sikit kot. Tapi untuk jahit tu yg lama nak dekat 2 jam kot tak silap aku. Seriau rasa.
Waktu jahit ni satu jek tips aku bagi sila sedut gas yg dekat sebelah tu banyak2 ea sebab macam aku dah tinggal berapa jahitan dari lapisan dalam ke luar tu ubat bius tak rasa sangat dah. Memang terasa macam nak cubit manja jek doktor praktikal tu sbab dia lah lambat sangat sampai bius dah hilang. Tapi apa2 pon doktor tu tetap berjasa pada aku sebab dia yg sambut kelahiran anak kami :)
AMARAN YA BAGI AKU WAKTU PUSH JANGAN SESEKALI SEDUT GAS TU EVEN SAKIT MACAM MANA PON TAU. Sebab korang akan jadi khayal gila. Hehe. Nanti takut takde tenaga nak push. Rasa kebas jek.
Cukup sampai sini kronologi melahirkan Naaila tersayang <3 Terima kasih sudi baca tau. Harini nak belanja gambar Naaila.
Comelnyaa!!! Nama secomel orgnya.. Mesti besar cantik mcm mama dia.. 😍😍😍
ReplyDeleteTrme ksih aunty :) :)
DeleteAlhamdulillah. Seronok baca..teringin nak mcm ni..kena doa banyak2..
ReplyDeleteAlhamdulillah. InshaAllah stu hari nnti msti dpat rasa :) ameen.
DeleteAlhamdulillah. Seronok baca..teringin nak mcm ni..kena doa banyak2..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Seronok baca..teringin nak mcm ni..kena doa banyak2..
ReplyDelete