My island ♡♡ |
Hati ku,
Kenapa ketenangan sukar menyinggah
Sering resah gelisah
Tidak tahu ke mana haluan pemilik hati ini
Semakin cuba mendekat semakin jauh dibuang
Mulut,
Sukar berhenti dari berkata-kata
Baik buruk dicampur haduk
Seperti tidak tahu dosa pahala
Mata,
Ku tatap wajah di balik cermin
Ku conteng, ku rasa cukup indah
Itu semua sekadar untuk hiasan manusia
Ku tatap lagi, ku tambah pemanis gincu hipokrit itu
Bibir terukir senyum
Hati menangis
Mata ku dapat menangkap sesuatu yg hilang
Lalu hati menyapa,
Layakkah aku di dalam pakaian yg tertutup ini?
Akal,
Sering memikirkan rezeki yg nyata
Entah apa tujuannya tidak pasti
Jika untuk menerapkan
"Carilah rezeki bagai untuk hidup 1000 tahun lamanya"
Redha Allah hendaknya
Namun jangan dilupa bait terakhir
"Beribadatlah kamu bagai mati pada esok hari."
Akal masih ligat berfikir adakah empunya akal ini sudah lengkap menyempurnakan??
Hati menjawab, sesungguhnya aku malu untuk menyatakan tidak.
Iman,
Turun dan naik sentiasa bertandang
Itu memang lumrah manusia
Namun aku tertanya jika iman ibarat wang adakah manusia mahu graf menurun?
Tidak pasti jawapan mulut
Iman paling ku rindui
Kerana dengan iman pasti nafsu mampu ditewaskan
Kerana dengan iman pasti amalan ku sempurna
Kerana dengan iman pasti gusar dihati kurang bertandang
Istiqamah,
Aku menyayangi mu
Tanpa kamu graf iman ku sentiasa menurun
Kerana nafsu sukar dibendung
Jihad tanpa istiqamah bagai siang tanpa mentari
Imam ku,
Aku mengharapkan sentiasa dipimpin
Sentiasa mencintai dalam kesederhanaan
Sentiasa menegur dan ditegur tanpa titisan air mata
Sentiasa mendengar tarbiah manis dari mu
Ini yang ku harap dari mu
Kerana hati ku lemah bisa goyah..
Ya Rab,
Aku sentiasa mengharap cinta Mu
Aku sentiasa mengharap keampunan Mu
Aku sentiasa mengharap redha dari Mu
Aku sentiasa mengharap rahmat Mu
Apa yang aku harapkan dalam hidup ini semuanya dari Mu ya Rab.
Sincerely,
Nurfarhana bt. Ahmad
No comments:
Post a Comment