Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Thursday, 3 September 2015

Ohhh.. Mother life.

Assalamualaikum >_<

Mother life? Bukan senang and semudah korang bermain cinta dgn pakwe makwe ya. Haha. Banyak stage kan before kahwin kenal pasangan, tunang, kahwin.


Oh masa kenapa kau lari terlampau laju macam masuk sukan komanwel?? Please jalan itik je cukup.

Ok kahwin ya fasa pertama dalam tahun pertama masih dalam mood honeymoon. Sweet lagi. Gaduh sikit2 sebab baru nak kenal pasangan yg the real punya kenal. Lepas dah pregnant. Ok ni pon time you all boleh lah nak romantik. Manja. Please girl guna masa ni sebaiknya. Nak makan. Penat and tak larat nak masak semua tu dimaafkan. Haha. 

Lepas dah kita dengar bunyi "uwaaaa..uwaa.. Uwaaa" waktu bersalin. Lepas papa azan or iqamat kan baby. Zassss.. Your life will change dude. Hihi. Tapi life changing yg lagi best, syok, sweet, happy. Semua lah benda positif isi sendiri tempat kosong!

Aku punya mother life memang betul2 mother life sebab housewife kan. 24 hours kau ada masa dgn cinta hati korang. Harini tengok kecik. Eh besok besaqq dah jari anak mama. Kita sendiri tak perasan. SubhanAllah, kuasa Allah. Amazing.

Jadual aku start pukul 6 naaila jadi jam loceng nangis nak susu. So aku akan spend time dgn dia sambil husband pergi mandi nak siap pergi kerja. Kadang2 husband main dgn naaila buat dia senyum. Gelak. Joget-joget kejap. Eh kadang2??? Aku rasa tiap hari macam tu. Naaila sangat happy kalau papa dia balik kerja. 

Husband pergi kerja aku still tak boleh buat kerja sebab waktu ni tahap aktif naaila tinggi. Dia ajak aku main. Dia penat dia nak susu. Ok bergayut sampai tertidoq semula. Kadang2  mak dia pon join sekatil. Hihi. Kalau tak join masa ni lah untuk balas sstiap satu meesej customer sampai keras jari. 

Tapi kadang2 aku bangun terus pergi basuh baju tekan mesin jek. Sidai baju tugas papa dia. Sapu2. Kemas apa yg patut. Sambil kepala jenguk sekejap. Jenguk lagi naaila. Dah macam kura2 keluaq masuk keluaq masuk kepala nak tengok anak. 

Then dalam pukul 10.30 - 12 lebih gitu ikut pada big bos pukul berapa dia nak mandi. Selalunya before dia mandi dia akan " naaa ayeee. Naa... Ayeee" so mak dia dgn pecutan semaksimum mungkin susu kan kojap. Dalam kepala fikir ok pinggan kat sink. Tapi muka senyum sambil belai naaila. Oh mak sangat. Depan anak takkan tunjuk ok apa yg kita fikir and penat. Pergi pelok cium mak korang cepat.. Abah sekali jgn lupa!

Lepas siap mandi. Siapkan naaila. Aku pulak mandi. Tapi kena tengok tahap kesabaran si anak nak minum susu kalau dia dah tak tahan aku menyusu baru mandi. Waktu mandi aku letak naaila dalam stroller biar nampak dekat depan mata. Bilik baju kitorang dekat bilik tengah selalunya mak yg pelupa ni baru terhegeh-hegeh nak cari baju. So aku tolak lah naaila sekali ke ruang tengah.




Naaila dh siap mandi bunkus jap dalam napkin. Haha.
See sebelah pakai sarung sebelah lagi tak. Mak dia pelupa.

Terus sambung buat kerja yg terbengkalai dekat dapur jap. Again tengok pada tahap ketahanan si domok naaila. Kalau dia tak tahan jawapanny tido kan dia dulu. Baru boleh sambung. Dia nak tido pelok i all tau. Seronok sangat. Sangat manja dgn mama dia. Haha

Tidoq sanggup senget badan nak pelok mama.
Oh my sayang.. Geram nak cubit peha lah>_<


Dah tido baru boleh buat kerja dengan tenang sambil kepala jadi kura2. 



Letak naaila dalam stroller tinggal dekat ruang tengah. Aku dekat dapur nyanyi lagu "apo kona ehjang" haha. Ni tipu. Aku macam robot buat kerja taku naaila bangun ler.

Sampai lah ke malam tugas sebagai mak ni non stop. Takde waktu rehat macam org bekerja office hour. Selagi baby tsk tidoq hang tak boleh tidoq. Bila baby suruh lapor diri nak susu sila lapor diri ya. Tapi ok sikit bila husband ah balik kerja. Abang yg main-main dgn naaila. Waktu ni baru boleh balass lagi mesej customer.

But still as a wife kena layan suami dulu. Borak-borak.jap. i love u. You love me. Cakap lagi. Ok suami aku simple alhamdulillah. Masak pon sekarang tak payah sebab naaila memerlukan aku 24 hours. Terima kasih abang. Tapi actually aku rindu nak masuk dapur. Tekak aku tak berapa sangat dengsn lauk kedai oii.

Ok tu lah mother life. Bukan semudah kita main baby anak orang. Alallooo comel. Cium sikit. Gelak-gelak. Lepastu dah. Bila anak kita sendiri semua kita nak yg terbaik. Even pasal "poo" dia pon kita pening kepala. Tidur sengit lah. Bahu ok tak. Kepala ok ke tak. Lagi-lagi abang terlampau risau. Terlampau okey.  Aku tengah menyusu tunggu je tengok takut tangan adik tersepit lah. Haha. 

Ni aku update blog take time sampai 2 jam kadang2. Dah nanti naaila bunyi "naaa yaee.. Naa ayee.." stop dulu ok. Anak become first. 

*PENAT STILL TAK BOLEH KALAHKAN KEBAHAGIAAN TU. Ni aku just share macam mana life changing aku bila dah ada anak okey (●´з`)♡

Rindu pulak orang sebelah ni. Tahun depan dapat anak sedare dah. Hooreyyy. Iam happy. Naaila lagi happy dapat kawan nanti dah besaq. Gambar ni aku tengah pregnant 6 bulan kot. Sempat lagi jalan sakan. 


Happy reading! 

Promote:

Ni testimoni aku sendiri ya. Gambar atas kulit berminyak. Jerawat naik sikit. Kulit tak sekata.
.
Anda berminat boleh direct whatsapp 011-29717510. 
.
100% chemical free. Sesuai untuk semua jenis kulit. 


Friday, 24 July 2015

Selamat pantang raya!!

Assalamualaikum.. Haii :)

Dah raya ke berapa baru sibuk nak buat entri raya. Its ok raya 30 hari kau. Jeles punye pasal orang lain boleh raya. Haha.. 

Tahun ni takde lah langsung tak beraya. Even aku tengah pantang ade jek raya ke 2 aku, abang, dgn ma tangkap gambar semua. Awat raya ke 2?? Raya pertama aku dgn husband boleh tertido bangun lewat bangat. Malam tu adik tak lena tido nangis uwaaaa uwaa.. So mata berat macam ada batu dekat atas mata. Kesian abah datang dari kelantan raya pertama tak macam raya.

Bangun dalam tengah hari baru salam2 mintak maaf. Dapat lah duit raya dari abang. Hooreyyy. Hihi. Tapi ma ada masak jugak nasik minyak, rendang, ayam masak merah dengan nasi impit. Lupe lemang pon ada tapi beli lah. Ada lah kuih2 sikit. Ok banyaknya makanan raya. Tapi masuk dalam perut aku tak?? Nasik dengan rendang and kuih je sikit2 lah. Oh nooooo. Selalunya tiap kali raya perut dengan mulut aku tak berhenti kerja. Full time!! 

Tapi ok pantang. Pantang. Pantang. 44 hari je farhana! Ayaq batu je paling aku geram tengok. Yg lain boleh sabarunnn. 

Alhamdulillah. Tahun ni beraya bertiga dah. Sepatutnya tahun ni beraya dekat kelantan. Kesian adik ipar aku tak dapat cuti beraya sorang kat sana. Ma dgn abah je dapat raya sekali. Abah pon raya ke 2 dah balik sebab besoknya kerja. Tu takde gambar dengan abah.

Jom layan gambar. Raya pantang aku. Raya jadi mak dah tahun ni. Firts time tak raya dgn adik beradik. Raya dgn family sendiri dah. Feeling orang tua dah aku :) hihi.




Naaila raya dgn papa dulu. Kena paksa. Haha


mamaaa. Posing sikit :)












Wefie sikit :) tapi abah dah balik waktu ni.



Finally, family potret. Bertiga ♥

Mama dgn papa Naaila..
Teman bergaduh.
Teman mengadu.
Teman bermanja.
Teman borak.
Teman bergurau.
Sempat lagi kau beli baju raya tengah pantang? Nooo lah. Aku beli awal and tak plan pon buat baju raya. Aku beli waktu mood republik dekat zenith. Bella Luna punye brand. Ok lah baju ni cuma aku silap beli saiz L tu saiz waktu pregnant. Sekarang dah kembali pada asal saiz aku so gedebeh sikit baju ni. Tapi no hal lah bagi aku. 
Abang pulak malam raya baru beli tu pon kena paksa dgn aku pergi beli baju raya sama warna. Sebenarnya sebab aku sedih kalau dia tak pakai baju baru time raya. Penat2 kerja takkan tak nak beli baju raya sendiri. Tahun lepas dah tak beli sebab abang memang tak suka pakai baju melayu. Kan guna kejap je. So dia selalu shopping tshirt je time raya. But this year big no lah aku cakap! Nak bergambar cantik2. Nanti nak tunjuk dekat Naaila first time raya dia dekat dunia :) 

Sila beraya sakan ye korang tapi kalau boleh puasa 6 jangan dilupa okey! (´ε` )♡

Till then.. Have a nice day! Assalamualaikum. 

Ok. Ok. Gambar last.. Tata ~♥~







Pengalaman Naaila kena kuning.

Assalamualaikum korang..

Sekarang nak update blog memang susah ya amat lah. Nak mesej dgn akak sendiri pon susah. Tengah biasakan diri lagi dengan keadaan nak jaga baby and dalam pantang. Awal2 memang strugle sikit. So korang dah tau nak bersalin sila tido puas2 lepasni waktu tido korang ditentukan oleh permata hati kita tu a.k.a jam loceng. Hehe..

Oklah berbalik pada tujuan aku tulis entri ni untuk share dgn bakal atau first timer jadi papa and mama macam aku dan semestinya utk aku sendiri buat kenangan tentang baby kesayangan aku dgn husband. Series aku cerita betul2 based on experience aku takde fakta langsung ea tentang kuning ke apa sebab dah ramai blogger lain share. Aku pon banyak google waktu Naaila kuning. Terima kasih korang series banyak info dapat.

Coppp copp copp.. AMARAN ENTRI NI SERIES PANJANG! 

Start cerita bila nurse klinik desa datang melawat aku lepas keluar hospital. Baru sehari wei keluar hospital dah nurse datang. Ponekk betul. Kena pulak pergi check kuning sebab akak tu tekan2 dahi baby cakap macam ada kuning. Aku dgn husband mula2 rasa biasa jek sebab memang tak pernah search pasal kuning baby before bersalin ni. 

Pukul 3 aku, husband, ma and abah pergilah klinik gambut nak check. Ok naaila si cenonet baru 3 hari kena injecttion dah wei. Sedih betul aku tengok dia nangis. Aku pelok2 lah sambil cium dia bagi tenang sikit. Naaila memang jenis tak kuat nangis so dia nangis kejap berenti lah tapi series volume naaila sangat kuat. Haha.


Tunggu lah result memang tak tefikir langsung result naaila tinggi untuk hari ke 3 tu 229 tak silap. Kena jumpa doktor. And kena admit ok!! Masuk hospital lagi sekali! What?? Dengan jahit tak elok lagi jalan kepit2. Badan rasa lemahnya, Urat banyak putus oii. Memang mengalir lah air mata aku. Tak dapat tahan. Tapi nangis dekat husband jek. 

Husband tak sampai hati tengok aku terus decide ok kita takpayah masuk wad. Kita try dekat klinik w.y.ko dulu ea sayang. Abang pujuk berie sebab dia tau aku bukan jenis senang2 nak nangis tak tentu pasal. Besoknya pergilah bawak naaila pergi w.y.ko sebelun tu kena pergi buat ujian darah dekat pathlab tak silap namanye. Buat kalini naik lagi bacaan risaunya lah. Bawak w.y.ko Naaila kena duduk bawah lampu. Aku tak naik pon sebab tingkat atas kena naik tangga kan baru 2 hari jahit tak boleh naik tangga bagai. Adik kena tinggal sampai pukul6.30 sebab klinik ni tak bukak sampai malam. Sedihnya rasa nak tinggal anak baru usia 3 hari.

Besoknya ingat nak pergi lagi try klinik chong. Sebab klinik ni baby boleh kena duduk bawah lampu seharian betul. Tapi aku dah ready nak masuk wad sebenarnya. Aku dgn husband buat keputusan kalau result makin menaik macam mana pon kita refer kerajaan lah sebab mmang dah keluar pon surat suruh masuk wad tapi aku degil. Sekali result adik memang makin naik 282. Allah jek yg tau aku dgn husband risau macam mana. Masuk bilik doktor dia pon suggest pergi refer kerajaan jek sebab kalau dekat swasta pon sama jek caranya dengan baby kena tidur bawah lampu tu. Cuma beza keselesaan and suami boleh teman. Kalau korang pergi klinik chong doktor Tan ni memang baik. 5 bintang aku bagi. Hehe.

Petang tu balik rumah terus siap packing barang pukul 3 kena pergi klinik gambut semula ambek darah result turun sikit 239. Dalam pukul 5 pergi HTAA Naaila kena ambek darah lagi. Nyaknye betul -_- Malam tu kena lagi ambek darah sebab result Naaila yg petang 317. Kalau result baby atas dari 300 memang malam and pagi kena ambek. Tapi alhamdulillah result malam tu turun 272 and memang dah tak naik2 Naaila kena ambek darah 1 kali sehari. Opppss..lupe pulak wad untuk jaundice dekat tingkat 5 memang selesa sangat korang jangan risau sebab pelawat pon suami jek dibenarkan.

Bermulalah 4 hari kenangan aku duduk dalam wad. Setiap 2 jam bangun susu kan baby. Sedih tengok adik kena tutup mata dengan apa pon aku tak tau sebab kena duduk bawah lampukan. Bahaya untuk mata baby. Yg penting seksa sangat nak bukak benda tu bila nak keluar wad nanti. Kesian baby.

I'm big boss. Hehe..

Kerja adik tidoq je lah dalam ni. Bangun menyusu dgn beyak jek :)

Pergi tandas and naik katil berkepit2. Isi ubat kuning sendiri dalam tandas pon paling mengharukan bagi aku sebab kalau dekat rumah abang isi kan. Pagi2 pukul 10 ibu2 kena buat lawatan kat tingkat 1 check luka jahitan. Part ni memang aku tak suka kena tinggal baby, kena jalan jauh dah macam geisha terkepit-kepit. Tapi still ada baiknya hospital sediakan servis ni sekurang2nya kita tau condition jahitan kita tu. Cuma kalau boleh buat lah 2 kali sehari je. Lagi apa eak?? Ha kena tengok Naaila nangis tiap kali balik dari ambek darah. Tangan lebam. Tu paling buat aku tak tahan. Tapi lagi sekali ni pon untuk kebaikan anak kita jugak.

Lagi sedih bila malam last tu bahagian katil aku semua boleh keluar. Result Naaila waktu tu  239. Boleh keluar kalau 230 lagi sikit jek. Memang mula2 call husband dgn suara sedih cakap semua boleh keluar nak mintak husband try tanya boleb keluar tak tapi bila fikir semula biar lah duduk lagi sehari sebab biar kuning  Naaila betul2 turun tahap yg selamat dgn usia Naaila hari ke 9. Lagipon murah jek kau duduk dekat wad dengan servis lampu tu bukan kena bayar mahal pon. Nurse pon advice biar baby betul2 turun kuning sebab banyak kes dah yg keluar kena masuk semula. Kuning ni memang turun naik pon.

Lepas dah boleh keluar mula pulak kisah kena ambek darah everyday dekat klinik gambut sebab kena monitor kuning tu. Kuning ni memang normal jadi dekat baby lagi2 kalau darah ibu jenis O macam aku cumanya kalau kuning teruk boleh effect dekat kesihatan bayi otak ke macam tu lah tapi doktor cakap peratusannya sangat sikitlah. Berbalik pada kuasa Allah jugak :)

Lagisatu korang trylah ikhtiar cara tradisional jugak macan aku sendiri cuba macam2 jugak. Bagi anggur hitam, anggur hijau, mandi daun kucai, mandi air yg ubat cina tu, pagi2 kena kan cahaya matahari dekat baby macam2 lah. Memang turun tapi still tak tahap yg doktor nak 8.5 untuk hari ke 14 so Naaila dikira prolong jaundice. Memang sedih risau semua ada. Lagi2 bila orang sekeliling yg menanbahkan lagi buat kita risau. Please lah kalau nak mengomen or advice guna cara yg proper. Jangan menakut2kan parents baby tu lagi2 untuk baru first time jadi mama and papa. Stop cakap baby nanti jadi slow lah kalau kuning lama2 series doktor pon tak pernah cakap macam tu. Yes memang doktor ada cakap kalau kuning terlampau tinggi mungkin akan effect otak baby tapi lagi sekali semuanya berbalik pada Allah.

So ibu bapa yg sama pengalaman macam aku jangan hirau apa orang cakap yg penting kita dah usaha and tawakal doa banyak2. InshaAllah, semuanya baik. Allah sangat2 baik. Berbaik sangka pada Allah ok :)

Lagi aku nasihatkan baik refer je kerajaan dari membazir pergi swasta kalau baby kena jaundice. Series layanan hospital kerajaan bagus je kalau pekerja muka masam sorang dua tu normal lah. Hihi. Tapi untuk orang yg memang mampu takpe pergi swasta lagi selesa sbab kerajaan takde lah suami boleh tunggu 24 jam :( Cuma hospital ni makanan problem sikit waktu pantang kn banyak benda tak boleh makan tapi dorang akan hidangkan makanan yg tak sesuai. So husband akan jadi mangsa. Hehe. Macam aku abang akan pergi tiap kali waktu melawat sampai habis. Ma masak dekat rumah siap2 abang tukang hantar.

Ok sekian.. Panjang benar entri ni. Hehe. Next aku share pasal prolong jaundice ni cara nak ambek air kencing baby girl susah sikit berbanding baby boy wokeyyy.

Love note: Rajin2 kan lah diri click adveritise dekat blog ni ye. Thanks korang (●´з`)♡




Tuesday, 14 July 2015

Rindu mak abah.

Malam ni feeling sikit.

Rasa rindu sangat dekat mak dengan abah. Semenjak ada anak sendiri makin terasa mak abah dah takde sebab dah faham apa perasaan mak abah jaga anak2.

Kalau abah dengan mak ada mesti Naaila ada 2 nenek and atok.. Mesti manja sangat.

Tengok ma cerita dekat abang waktu abang kecik macam mana semua seronok sangat. Mesti best kalau abah dgn mak ada boleh abah mak cerita pasal adik waktu kecik kan..

Raya lagi sehari. First time tak raya bertiga dgn along and angah. Sejak abah dgn mak takde kami raya bertiga je.

Angah dah ada suami tak terasa sangat aku takde along pon ada. Nanti raya haji kita raya sama ea kalau ada rezeki.

Tapi makin bertambahnya ahli keluarga. Alhamdulillah makin meriah. Tapi tahun ni tak dapat lah raya same dalam pantang kn.

Tahun ni raya dgn abah, ma, abang dgn naaila :) Raya boleh tengok jek orang makan. Sedihhh. Dah lah perut kuat makan. Adushh

Kalau time raya macam ni paling ingat sekali kuih rotan dengan kuih gunting arwah mak. Dari kecik tiap tahun kuih wajib ni. Rindunya lah dah 12 tahun mak takde 

Kalau abah pulak adik paling ingat kuah kacang hangit abah. Gigih nak buat kuah kacang utk anak2 time raya bila mak dah takde. Hangit pon takpe lah abah.

Adik rindu mak dgn abah... Mak ayah memang takde pengganti kan.

##Hargai ibu bapa korang tau.









Thursday, 9 July 2015

Part 2: Kisah manis di labour room.

Assalamualaikum semua :)

Macam yg aku dah janji nak sambung waktu dalam labour room kan. InshaAllah story sampai habis entri kali ni.

29.6.2015 @3.30pm

Bila doktor dah cakap bukaan 10cm doktor dah standby semua peralatan. Dia suruh aku push kalau rase macam nak be**k  push je sekuat hati macam orang kena sembelit tu. Sambil tu sila lh tekan punggung korang ye. Macam aku sampai dah nak melekat punggung dengan katil tu. Takut trkoyak banyak macam orang cerita. Hihi..

Tiap kali rase nak be**k aku push sekuat hati. Bile tak rase sakit jangan push rehat dulu. Doktor berie besorak dekat depan. " ok pandai2. Dah nampak rambut baby. Lebatnye. Push lagi. Pushh" Husband aku pon berie bagi semangat. "sayang boleh. Lagi sikit je.."

Buat pengetahuan korang abang jenis tak boleh sangat dengan darah dia nak pengsan macam tu. Tapi die kuatkan semangat jugak nak tengok lagipon dia cakap lepas aku bersalin darah tak banyak pon air ketuban jek banyak sebab tu mudah kot.

"suami nak tengok kepala anak?" doktor tanya husband aku.

First suami geleng then tarik nafas. Baru abang angguk and tengok kepala baby. Lepastu dia yg terlebih excited. Hihi.. Terima kasih abang.

"ayang lagi sikit. Lagi sikit je."

Aku teran sampai tegetar-getar sebab tak cukup nafas. Sakit alhamdulillah korang akan rasa lega bila dapat push.

Sakit sebelum jalan bukak sampai 10cm waktu nurse suruh tahan jangan push tu jek yg sakit yg teramat kalau kita nak bersalin jadi korang jangan risau ok mesti bakal2 ibu boleh tahan punya :) Waktu ni cuma ingat Allah dan orang yg kita sayang jadi penenang untuk kita. 

"ok push lagi sikit je. Ok kepala dah keluar. Kita keluar kan badan je. Ibu push ibu! "
Doktor tu bagi semangat.

29.6.2015 @3.41pm

Sekali aku teran. Allah!! Terus dengar suara baby menangis. Uwaaaaa!!!!. Aku jeling ke bawah. Terus hilang rasa sakit.

Aku terus menangis. 11 minit bertarung untuk melahirkan Nur Naaila Medina pengalaman cukup beharga buat aku and husband.

Menangis gembira. Menangis dengan kebesaran Allah. Menangis sebab zuriat yg dalam rahim aku selama 9 bulan dekat depan mata. Allah.. Syukur.

Ni pengalaman yg aku sendiri rasa. Aku sentiasa doakan untuk ibu yg bakal melahirkan tak lama lagi sebab aku tahu macam mana perasaan korang.

Satu jek nak pesan korang boleh nak search pasal pengalaman bersalin semua tu tapi please ambil yg positif jek ok. Jangan fikir negetif2 sebab sakit orang berbeza-beza. Korang cuma perlu tahu cara nak neneran tu semualah. And bagi aku sendiri yg dah tersilap dulu waktu pregnant asyik search pasal pengalaman bersalin jek tapi tak banyak search tentang cara jaga baby. Series tu lagi penting tau bdasarkan pegalaman aku lah yg baru 10 hari melainkan korang dah biasa jaga baby baru lahir its ok ler.

Dah setel part bersalin. Lega. Kena tang jahit. Allah.. Memang menyeksakan. Aku pulak dapat doktor praktikal. Jahitan aku tak banyak pon sikit sangat. Alhamdulillah lagi sekali. Tapi yg jadi susah sebab bahgian dalam jenis luka sejemput sejemput. Faham tak maksud aku? Kat bahgian kiri sikit kanan sikit. Ha gitu lah. 

So doktor praktikal tu tak berani dia pass dekat doktor yg berpengalaman sikit kot. Tapi untuk jahit tu yg lama nak dekat 2 jam kot tak silap aku. Seriau rasa. 

Waktu jahit ni satu jek tips aku bagi sila sedut gas yg dekat sebelah tu banyak2 ea sebab macam aku dah tinggal berapa jahitan dari lapisan dalam ke luar tu ubat bius tak rasa sangat dah. Memang terasa macam nak cubit manja jek doktor praktikal tu sbab dia lah  lambat sangat sampai bius dah hilang. Tapi apa2 pon doktor tu tetap berjasa pada aku sebab dia yg sambut kelahiran anak kami :)

AMARAN YA BAGI AKU WAKTU PUSH JANGAN SESEKALI SEDUT GAS TU EVEN SAKIT MACAM MANA PON TAU. Sebab korang akan jadi khayal gila. Hehe. Nanti takut takde tenaga nak push. Rasa kebas jek.

Cukup sampai sini kronologi melahirkan Naaila tersayang <3 Terima kasih sudi baca tau. Harini nak belanja gambar Naaila.

Fresh baby :) papa takde pergi beli makanan utk mama..







~♥~


















Wednesday, 8 July 2015

Part 1: Kronologi melahirkan cinta hati anak pertama.

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Syukur sangat untuk pengetahuan korang aku dah jadi mama uit. Hehe. Series tak sangka.

Eh cop cop before tu nak bagi amaran keras entri ni memang panjang tau sayang semua..

29.6.2015.. 
Special day untuk aku dengan husband. Besar nikmat yg Allah bagi. Aku nak share pengalaman aku sendiri waktu nak melahirkan baby NM.

Ok aku start dari nak menunggu hari. Untuk pengetahuan korang aku waktu pregnant under diet control kene pantau tahap gula dalam badan sbab berat badan naik berie benor. Haha. Tapi alhamdulillah setiap kali check bacaan normal so aku takdelah penghidap kencing manis tu ye.

Tapiiii... ha panjang tapi aku even bacaan aku dah ok entah kenape nurse cakap aku tak boleh bersalin lebih due kalau tak bersalin jugak on due aku terpaksa induce. So, kepala lutut aku agak begegar dekat situ. Ye lah orang duk cakap induce sakit sangat.

Punye lah risau bile dah masuk minggu 36 nurse cakap ke bawah sangat dah kepala baby tapi yg hairan memang aku takde tanda lagi nak bersalin. Perut mengeras contraction ngade2 tu ade lah tapi aku start perut mengeras ngada2 dari trimister ke dua lagi. Boleh dikata kn sape kawan aku yg dah bersalin akan dikacau tanye macam2 soalan. Terime kasih Nas kau paling banyak aku kacau. Ros kawan dari sekolah menengah lagi dengan kak teah senior waktu sekolah dulu.

Tunggu punye tunggu sempat lah aku duk jalan ECM dengan husband and akak. Sempat lah aku merasa berbuka dengan husband untuk kali ke dua Ramadhan as husband and wife. Abang layan aku tiap petang nak makan apa. Pergi bazar dengan perut dah besar tunggu hari. Hehe. 2 malam sebelum bersalin sempat main lintas jalan dengan angah aku and suami dia. Dorang nak pergi tengok bola dekat stadium. Kononnye nak join dorang jalan dekat pasar utk hari raya sekali perut aku buat hal macam nak tercirit yg amat. So aku dengan abang gigih lintas jalan semula sbb kereta parking dekat ECM.

Kebesokannya tu aku dah siap plan and bodek abang nak ajak pergi pasar tu semula sbb akak aku lah hasut die pergi beli tudung instant 2 muka cantik. Jeles wei. Sempat lagi tu padahal dah nak pantang tak sedar diri. Malam tu dah duk berangan nak beli tudung ape semue. Excited benor.

Macam biase lah aku susah nak tido malam siapkan makan untuk besahur dulu semue terus tunggun nak sahur. Makan even mata mamai pening kepalenye. Aku tido lepas solat subuh. Series tak rase apa2 lagi. Ok lepas dah nak start part mendebarkan tu.

Jeng..jeng.. Jeng..

Pagi tu dalam pukul 9pagi tak silap aku boleh mimpi dulu tp aku tak ingat dah aku mimpi ape. Waktu aku terjaga tu tiba-tiba dengar bunyi tulang belakang aku prakkk macam orang patahkan series dengar lah tapi tak rasa sakit. Aku bangun jek nak pergi tandas turun dari katil tik tik tik tik air keluar. Bunyi tu aku saje tambah lh. Aku dah agak air ketuban tapi aku dengan letih sbab tak dapat tidur malam nye lapar lagi sebab aku memang puasa even tunggu hari sbab tak larat nak ganti banyak2.

Aku dengan rileksnye call abang. "abang air ketuban dah pecah. Balik ea sekarang." suara mamai lagi tu. Suami aku dah gelabah. Haha. Aku siap tak kejutkan akak aku pon sebab nanti komfem die lagi sorang kuasa 2 punya gelabah. Waktu aku nak pergi hospital pon akak aku dah nangis. Hihi.

Lepas siap mandi, minum air milo and makan telur separuh masak kitorang pergilah hospital. Dah sampai dia check jalan dengan tahap contraction. Jalan dah bukak 3 cm tapi aku tak rasa sakit lagi. Alhamdulillah. Siap layan mata nak tidur.

Masuk waktu zuhur terus pergi tandas nak ambek air sembahyang dah terasa sakit. Macam serba tak kena. Kuat kan diri jugak setel ambek air sembahyang nak solat dah tak boleh nak berdiri memang sakit dah datang kerap. Solat duduk atas katil tapi setiap pegerakan berhenti lama sangat tahan sakit. Allah je yg tahu betapa sakit waktu tu. Dah siap solat suruh abang panggil nurse sebab dah tak tahan begetar tahan sakit pegang tangan kedua2 orang yg aku sayang waktu tu rasa lega yg teramat. Sebelah pegang abang sebelah pegang angah. 

Nurse sampai check jalan rupanya jalan dah bukak 5cm. Allah. Syukur sebab jalan cepat terbuka. Terus standby kena masuk labour room tapi kalau hospitsl gov kita tunggu turn and ada kosong so nurse baringkan aku siap2 atas katil untuk tolak ke labour room tapi aku memang seronok sebab boleh lagi pegang abang. Waktu ni lebih pada rasa sakit yg kita kena tahan sendiri. Sakit datang dalam 3 or 5 minit macam tu. Ingat Allah jek kita memang tak boleh nak lari kena hadap and ingat lepasni inshaAllah keluar lagi sorang khalifah hamba Allah yg comel and sure lambang cinta dengan husband. 

Masuk labour room dah tak tahan sakit yg teramat. Rase menggeletar tapi aku memang tak menangis. Tahan sakit banyak baca zikir. Bila memang dah tak tahan sangat aku panggil doktor yg incharge aku sekali dia check jalan dah 10cm patot lah sakit tu dah rasa macam nak push sangat2...



Love note: Sambung next entri ya kisah dalam labour room ♡(∩o∩)♡

Monday, 22 June 2015

Happy weekend !

Assalamualaikum and hello korang..

Sapa cakap weekend hari orang bekerja and students jek tunggu??

Suri rumah macam saya ni pon tunggu and excited okehhh. Sebabbbb my husband is mine. FULLTIME! Hihi..

Tak sah kalau weekend tak ajak abang keluar even jalan dekat2 pon takpe asal kn berdua. U pandang muka i, i pandang muka u. Haha.. Dekat rumah macam tak pandang kan. Grrr. Tapj environment tu buat kite punya conversation lebih luas tau.

Contoh lah ea. Tengok laut dekat pantai kempadang wokehhh start lah conversation potpet potpet tu dari benda kecik sampai besar semua bukak cerita. Seronok tau. Lepas ni dah ada baby lagi lah seronok boleh pakse baby berenang.. Hihi.

So, weekend tu sangat best bagi aku tak dapat sampai la ni tak dapat bayangkan macam mana weekend kitorang bila ada baby nanti?

Sungai lembing yoo..abaikan muka aku yg bolat. Skrang makin bolat wei..

Dalan terowong..nampak tak makhluk dlm gelap? Gula hati aku lah tu :)

House hunting..

Dekat pekan jek pekena cendol dngan mi goreng mamak.. Sodap uitt!
Ma jadi model kejap. Hihi

Ni lah pantai kempadang yg aku duk cakap tadi.
3 orang blakang aku nampak tak?? Abang, ma n abah ler tu :)

Mari kita menari salsa yokk kuda.. Hehe. Dekat pekan lagi ni.

Bukit tinggi in the house..
love u bang layan nak pergi sini
Tak pasal2 angah n kudin terjebak. Mihmih.
Next enri aku story mory ea.
Ni lah budak kecik yg dah besar plus dah jadi isteri orang and bakal mak budak..
Banyak songeh tiap minggu kacau abang nak rehat. Hehe.
Maaf kan saya abang :p
Banyak lagi gambar tapi dsebabkan line internet aku "laju" sangat ni je lah yg dapat aku upload. Berapi kepala nak tunggu upload gambar. Haha.

See.. Aku dah cakap jalan dekat2 area sini jek aku ajak abang pergi kadang2 tak keluar pon weekend main pakai mask lah, picit jerawat konon2 macam facial bagai,  beli CD lepastu layan movie even selalunye last2 aku sorang jek menghadap cerite tu sbab abang dah berdengkur dekat sebelah, basuh kereta ala-ala pekerja car wash macam2 lah. Tapi tak dapat ler aku nak upload gambar dekat sini sbab dekat rumah aku tak pakai tudung ye darling semua >_<

Sebenornye, aku dngan husband ade share minat yg sama WAYANG dgn MAKAN nanti aku share dengan korang tempat yg pernah kitorang pergi ye. Wait and see sampai line ni dah ok sebab banyak nak upload gambar. Ok lah till then. Enjoy korang punye weekend yek walaupon aku update ni hari isnin dah. Hihi..

Love note: korang rajin lah klik iklan2 yg menari dekat blog aku ni ea. Mintak simpati betul ni.. Hehe. 






Wednesday, 17 June 2015

Orang ketiga???

Assalamualaikum semua :)

Tajuk tu suspen jek boleh buat orang fikir bukan2. Hehe..No no no aku nak cerita ni bukan orang ketiga yg tu. Orang ketiga ni boleh buat aku senyum sampai telinga :) Sebelum tu aku nak bagitau korang entri ni memang panjang plus lebar ea..peringatan keras buat orang yg tak suka membace entri ni boleh buat korang menguap 10 kali.

Mula2 kahwin dulu ade jugak terfikir tak nak lagi lah pregnant nak kenal husband betul2 dulu. Korang ingat kahwin2 terus kenal pasangan kite tu?? Harapanlah. Even pasangan kite pon tak berapa kenal sikap dalaman kite yg macam angin laut china selatan tu. Tapi bila dah kahwin perasaan nak ade baby sendiri tu automatik muncul lagi2 macam kitorang memang minat budak2. Caya lah nanti korang dah kahwin fahamlah. Haaaaa.. Lagi satu influence pulak dengan orang sekeliling yg asyik tanye jek padahal baru kahwin seminggu kot -_- 

STOP tanya pasangan baru kahwin or dah lama kahwin ok isu sensetipp ni. Kalau kite boleh click our finger and just taraaaaa ade baby dalam perut ok baru korang boleh suke hati tanye orang about this topic ok.

Kan tadi aku cakap memang pernah plan tak nak baby lagi kan?? Tapi sendu nye aku ni bile lewat sikit je datang bulan terus nak buat pregnancy test. Bile result negetif stress sorang diri. Eh bukan sorang diri stress dengan husband aku sekali sbab aku buat muka sememeh aku tu. Haha.. Sampai satu tahap ok dah malas nak fikir kalau ade rezeki ade lah. Tak silap waktu tu baru 4 bulan lebih kahwin. Awal benorrr bile fikir balik aku jek stress lebih. Alah korang yg sokmo tanye tu lah buat aku memikir. Tibe2 emo.. Acah acah jek. Hihi

Actually aku sendiri tak tahu aku pregnant waktu tu husband aku pergi sarawak. Aku ajak kawan aku Dayah teman aku. Kiitorang asyik pot pet pot pett jek lah kate perempuan kan kalau dduk berdua memang macam2 story lah keluar bukan setakat story tapi history sekali. Aku duk cerite dekat die yg tak selera nak makan lah..pening nak muntah semua ade tapi tu semua hint jugak bile tiap kali aku pried so aku just anggap normal lh. Tapi si Dayah ni ade jugak cakap die rase aku pregnant sbab tibe2 aku nak tido atas lantai lah. Padahal kalau tak badan aku yg keding ni memang tak mampu nak tido atas lantai gitu jek sakit tulang weiii.  Pergi jalan dekat KP aku duk usha barang baby dgn pakaian org pregnant tp aku still anggap normal sbb aku memang suke tengok barang baby pon. Aku still argue even dayah asyik duk cakap aku pregnant. Masin betul mulut Dayah :) hehe.

Ok bile husband aku balik aku buat biase je lah cume husband aku nampak jugak yg aku sensetif terlebih sikit lepastu manja terlebih jugak. Aku still tak nak buat test sbab pried aku memang tak teratur kadang2 awal kdang2 hujung jadi aku ni tak boleh nak predict bile lewat dtg bulan ke ape. Last2 tgerak jugak nak buat PT tuh aku tak ingat macam mana boleh tgerak nak buat. Series lupe. Hehe.. Beli sampai 2 terus PT aku buat senyap2 dngan muka takde feeling sbab mmang selalu keluar satu line. Sekaliiiiiii hambek nak double line keluar. Feeling aku waktu tu??? Nak menangis, muke merah tak tau nak happy ke tak sebab dlam masa yg same macam tak ready langsung tapi eh dah ade nyawa dlam perut aku. Tunjuk dekat abang die punye happy sampai nangis2 sambil tu pelok aku yg feeling separuh2 tpi still happy cume confuse tu ade lagi. Hehe.. Besok nye beli terus PT yg mahal sikit ok test yup memang sah aku pregnant and resultnye 2-3 weeks waktu tu. 

Sebulan lepas tu baru pergi scan semua and nampak ade ketulan daging yg dah ade heartbeat. Waktu tu rase happy sangattt ya Allah. Tiap kali pergi scan sampai hari aku share cerite ni dngan korang dah masuk 36 weeks aku dapat tengok kekuasaan Allah maha Pencipta. Sungguh ya Allah sangst berkuasa. Paling sempurna mencipata setiap makhluk. Dari nampak seketul daging sampai lah sempurna sifat baby NM rase tak percaya dalam perut aku ade nyawa bakal khalifah muka bumi ni. Moga baby dalam kandungan ni jugak akan jadi hamba Allah yg soleh dan solehah. Amin.. 

Banyak bende kite kene korban untuk dapat kan sesuatu. Kite mungkin nampak pregnant senang jek kalau dlam drama lagi best muntah 1 2 kali ehh peyutt dah besar tibe2 air ketuban pecah pergi hospital selamat bersalin. Sebenarnye in real life tak macam tu dugaan banyak sangat sebab ganjaran menanti tu pon banyak :) Jangan berangan badan kau akan cantik macam anak dara yek maksud aku mesti ade yg berubah hitam sane sini, stretchmark, berat naik.. Tapi ade jugak part best muke jadi flawless, makan banyak lepastu gemok pon takpe sebab orang tau kau tengah pregnant. Haha.. 

First scan baby NM..see betol kan aku cakap cume ade heartbeat je tau. 

Kuasa Allah, Allah maha besar.. gambar scan sepanjang aku pregnant ni.
Dari heartbeat sampai lh membesar dalam perut aku sesempurna manusia bentuknye. 

Hasil dari scan 4d dpat bagi satu pic jek sebab baby NM malu nak tunjuk muke.
Tu pon separuh jek nampak mukenye..
Agak2 ikut muke sape? Hehe.
Kan aku dah kate panjang story aku nih. Sebenarnye even dah 36 minggu pon aku still takut2 nak share cerite denga korang ye lah banyak benda boleh jadi kalau Allah kate "kun faya kun" jadi lah. Siapa kite nak halang kuasa Allah sbab tu aku sentiasa set dalam mind aku sentiase redha dengan ape Allah bagi. Ape2 pon terime jek sbab kite mmang tak tahu bahagian kite waktu pregnant and bersalin nanti. Yg paling terkesan bile pregnant baru aku faham betapa susahnye arwah mak melahirkan aku 3 beradik tapi aku tak dapat balas jasa die. Aku cume boleh sedekah kan al-fatihah dan doa kn dari jauh je. Adik rindu mak.. Korang tolong sedekah kan al-fatihah utk mak dgn abah aku ye. Aku tau orang yg bace blog aku semua rajin bace al-fatihah. Terime kasih :)

Ermmm.. Okeh aku rase stop sampai sini dulu lah nanti aku share pasal pregnant aku start dari awal sampai sekarang pulak. Saje nak share mana tau ade readers yg bakal dapat first baby macam aku. Kite semua ade certia masing2 kan. Lagipon bile aku buat entri ni kalau aku dah tue nanti boleh bace semule takpon baby NM bace utk aku dgn husband..Hihi.



Love note: Doa kan aku dapat melahirkan khalifah dalam perut aku dengan selamat ye korang.. Happy Ramadhan (。’▽’。)♡




Wednesday, 3 June 2015

Random update :)

Assalamualaikum korang >_<

Lama menyepi sibuk bebenor jadual aku sebab angah dngan husband datang dari pulau. Ma datang tengok aku kan dah nak dekat2 due ni. Kawan waktu sekolah datang melawat. Hehe. Banyak betul pelawat. Alhamdulillah. So, bila dah banyak pelawat banyak lah story mory aku kan. Tapi hari ni aku just nak belanja gambar jek dulu. Mihmih..

Bukit tinggi here we gooo...manis2. Hehe

Pengantin baruu posing. 

Ha mesti semua tahu dekat mana kan??? Ni next destination lepas bukit tinggi tu.

Makannn..dekat tanjung lumpur je :) 


Last sekali jadual aku dating dgn dorang :)

Okayyyy, setel random update jek ni. Next aku cerita one by one ya darling. Entri lama korang tak baca habis lagi kn?? Haa..pergi lah baca entri lama aku dulu ea sementara aku tak update ni. Hehe. Have a nice day (●´з`)♡



Thursday, 16 April 2015

Mengidam pulut mangga in Kuantan.

Assalamualaikum guys.

Startnya aku teringin nak makan pulut mangga ni sebab tengok dekat facebook lah. Tak silap aku group Kuantan admin update pasal pulut mangga. Terliuq dah tapi aku tahan kan lagi malas nak layan sangat. Tapi yg buat aku makin tak tahan bila friend dekat facebook satu tempat kerja akak aku kak wan update pulut mangga versi homemade. Meleleh lagi air liuq aku tau tak tapi apakan daya waktu tu dekat pulau tioman time wedding angah aku kalau tak silap. Aku pon bukak story ni dekat angah kesayangan aku tu tanya dia pernah tak makan pulut mangga nih. Dia cakap pernah dekat JPO dengan suami dia waktu cari barang hantaran. Cara angah aku cerita pulak dah macam rancangan jalan2 cari makan promote makanan tu punya details rasa sedap benar lah dia cakap. Adushhhh sengsara gila perut dengan tekak aku-_- Pujuk hati ok tak pe farhana balik kuantan nanti suruh abang beli kan ya. 

Balik dari tioman takde lah aku suruh beli terus sebab jenis aku bila betul2 teringin sampai tak dapat kawal jek baru suruh beli. Kesian jugak kalau asyik nak suruh beli macam2 mentang2 tengah pregnant tapi aku malas nak layan sangat bisikan syaitonirajim. Bagus tak isteri macam ni? Haha..Kisah aku dapat makan ni waktu tu abang kena pergi temerloh so macam biasa aku tinggal sorang2. Boleh imagine tak kalau kita tinggal sorang2 duk online boring tiba2 ternampak semula gambar pulut mangga yg menggoda tuh. Memang tak dapat tahan lah kan!! Gigih aku cari semula post dekat group Kuantan tapi tak jumpa sedih wei. Last2 aku post dekat group tanya siapa tahu ada jual dekat mana. Ada orang respon cakap dekat sara thai and zuzana indera mahkota jual pulut mangga ni. Tapi kawan aku cakap dekat Sara thai tu paling sodapp aku tak pernah try sebab abang belikan dekat zuzana waktu otw balik.

Pulut mangga sodapppp sangat wei sekejap je licin aku makan. hihi

Sebelum terlupa ni alamat kedai zuzana tu kalau korang nak try boleh lah pergi Indera Mahkota 5 (Persiaran Sultan Abu Bakar). Suami aku cakap kedai ni ada masakan melayu denga Thai. Macam menarik jugak kalau nak tau sodap ke tak sila lah pergi sendiri :)

Gambar dari google.

Apa yg buat pulut mangga tu bertambah yummy tekak aku makan?? Bila abang nak buat surprise tak menjadi. Haha..Terima kasih abang.


Love note: Korang kalau rajin "click" lah banner dekat atas or tepi blog ni tau bagi hadiah kasih sayang dekat aku sikit and for sure aku doa kan korang dimurahkan rezeki, Amin :) hehe..And jangan lupa baca lah post lama2 aku kalau free.

Have a nice day :)

Sunday, 5 April 2015

Wedding my princess - Part 2


Assalamualaikum my friends :)))

Hari ni nak sambung pasal wedding akak kesayangan aku. Good news utk korang yg tak suka baca2 sebab ni entri bergambar layan lah puas2 ok! 

Lawanya akak aku. Haha. Boleh puji akak sendiri kan?? Bukan masuk bakul angkat sendiri ea.

owner butik yg pegang kamera tu, sngat2 mesra and talented. Korang boleh berbincang ape yg korang nak and tak puas hati. Senang bkerjasama :)










Happy benorrr tu.. Suka pic ni :) 





Still in progress. Perasan tak ada makhluk dekat bwah kanopi tu? Tu lah staff DIMPIAN PESONA tngah gigih buat keje uit.. Hehe. Good2 


Ni lah pelamin angah aku. Meletop kan? Hehe.

Dah puas cuci mata?? Lawa kan gambar2 ny series aku suka. Bukan apa waktu wedding aku mmang photographer ok tapi agak segan sbab tak berapa kenal kan. Tapi bila aku tengok si abot ni buat kerja waktu sesi brgambar dia pandai tackle pengantin tau buat akak aku dgn suami dia jadi tak malu lah. Photographer sangat2 penting ok untuk wedding sbab dorang yg akan capture every sweet moment korang. Sekali seumur hidup uitt kahwin jadi sila pilih pbotographer yg senang korang nak blend ok. Big recommend dari aku untuk korang yg nak cari package wedding sekali dgn photographer dekat butik ni tau :)

*lupa nak share aku siap dapat free maternity photo shoot lagi tau. Sebab dia enjoy dngan kerja yg dia buat thats why tak berkira langsung aku rasa. Rezeki baby NM dgan ibu dia yg selak bergambar. Hehe..

Bride to be yg cantik manis korang tunggu apa lagi meh ler jenguk fb dorang and booming siap2. Tak silap aku butik ni korang boleh bayar ansur2 for example if your wedding next year korang dah boleh start bayar ansur2 starting now Okayhh!! Nampak tak kat sini yg korang tak payah poning kepala fikir hutang dah bila nak kahwin dan tak payah nak bayar sedebuk terus. Senang korang contact lah owner dia sendiri klau nak info yg lebih details ok :) 


@






Ok enjoy your reading >_<