Wednesday 15 October 2014

RESEPI: Puding karamel simple tapi sedap.

Assalamualaikum semua :)

Ok hari ni nak share resepi puding karamel semudah 1 2 3. Selagi ada resepi mudah and sedap mesti Mek Hana akan cuba tapi yg SIMPLE dan MUDAH ler. Nak kerja senang ja kan sbab tak suka meromeh.

Mek hana ada buat dua jenis karamel satu guna gula perang satu lagi gula biasa. Bagi hana lagi sodap yg guna gula perang :)

Bahan untuk karamel:

5sb gula ( untuk gula perang pos sama)
3sb air

Bahan untuk puding:

5 biji telur
2 sudu gula
150 ml air
1/2 tin susu pekat
1 sk esen vanilla

Cara nak masak:

~Panaskan pengukus tu dulu bagi air mendidih

~Ok next, utk karamel masak dalam kuali kecik ja gula dengan air sampai perang. Jangan sampai hangus. Api slow jek tau. Lepas dah siap masuk dalam loyang.
Mek Hana kan buat dua jenis karamel so masak dua kali lah mula2 masak gula biasa then tuang dalam loyang 1. Lepas tu masak gula perang dgan air sampai perang jugak tuang dalam loyang ke 2. Setelll.

~Sedia kan bahan puding. Campur semua bahan puding kacau slow2. Tapis waktu nak campur dengan karamel yg dah masuk dalam loyang tadi.

~Macam biasa kukus ja dalam 30 minit. Ok siap!!

~Nak lagi sodap sejukkan dulu ea dalam peti ♡

*Adunan puding tu Mek Hana bahagi dua lah satu untuk gula biasa and another one gula perang.

Ni hasilnya mini puding karamel ♡

Zoom sikit..karamel gula perang.

Karamel gula biasa :)

Mesti dalam hati korang cakap alah comot jek sedap ke?? Jawapan ny try buat sendiri baru tau. Mihmih..Biasa lah buat untuk makan sendiri asalkan sedap dah cukup nnti masuk mulut jugak. LOL ..Lagi satu nak bagitau puding tu kecik je sbenarnya cuma dalan gambar nampak besar sikit kot. Ok lah selamat mencuba u all , dah makan manis2 ni sila ambil produk kesihatan yg superb ya sbab waktu muda memang tak nampak kesannya guyyss dah tua mula lh kencing manis, darah tinggi semua. Untuk Mek Hana consume shaklee yg superb saja dah cukup ^_^ InshaAllah.

Macam biasa sila rajin kan diri klik banner dekat tepi or atas ada bnyak produk and contest yg menarik. Baru  ni ada contest untuk DIY untuk barang kesayangan. So, sesiap yg rajin sila lah join! 


Cubalah amalkan, doa banyak2 pada Allah mintak jauh dari segala penyakit, Amin.


No comments:

Post a Comment